Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Kasut Berisi Kaki Manusia Ditemui Di Pantai New Zealand


Kasut Berisi Kaki Manusia Ditemui Di Pantai New Zealand

WELINGTON  — Polis New Zealand mengesahkan penemuan kasut yang berisi kaki manusia di dalamnya di Pantai Petone, New Zealand.

Memetik Metro UK, difahamkan ia telah ditemui oleh orang awam sewaktu berenang di pantai berkenaan sekitar jam 8 pagi Sabtu lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Polis Penyiasat, Sarjan Steve Williamson berkata pihaknya bagaimanapun tidak menganggap penemuan itu mempunyai kaitan dengan bukti pembunuhan.

Susulan penemuan bahagian kaki tersebut, anggotanya telah dihantar untuk menjalanlan misi mencari dan menyelamat (SAR). Ia dijalankan dengan menggunakan bot peronda termasuk penyelam di sekitar perairan pantai berkenaan sehingga hari ini.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang bukti ditemui berhubung penemuan kasut tersebut. Ujian patologi juga telah dijalankan terhadap bahagian kaki itu dan masih dalam dalam proses siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut laporan akhbar tempatan, penemuan keratan anggota manusia berkenaan membuatkan penduduk tempatan bimbang. Tambahan lagi, orang ramai berpendapat bahawa pembunuh berkemungkinan masih bebas.

Pihak berkuasa juga sedang menjalankan proses pengecaman beberapa bahagian tubuh badan mangsa sama ada terlibat dalam kemalangan atau meninggal dunia akibat bunuh diri.

Pakar Bedah Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), Karan Raj menjelaskan ia mungkin berkait rapat dengan cara laut menghancurkan mayat yang hilang di laut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA:  Tujuh Pemain Terbaik Pernah Sarung Jersi Nombor Ikonik 7

“Sebaik sahaja mayat tenggelam ke dalam dasar lautan, pusaran air biasanya bermula pada bahagian yang terdedah. Disebabkan itu, anggota badan (kaki) sering terpisah dan terapung bersama kasut di permukaan laut,” katanya.

Tambah Raj, beliau juga memperingatkan bahawa kes seperti itu berkemungkinan berulang kembali pada tahun-tahun akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Insiden yang berlaku di pantai Petone itu bukan pertama kali berlaku. Difahamkan, sejak 2007, lebih daripada 20 kaki manusia ditemui di dalam kasut.

Ia djumpai di pelbagai lokasi berbeza di sepanjang pantai Laut Salish di Amerika Syarikat dan Kanada.

Penemuan serupa turut dilaporkan oleh orang awam di pantai berhampiran Everett, Washington pada Hari Tahun Baru 2019.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Metro UK

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement