Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

KBS Tamatkan Penglibatan Peserta Felo Perdana Kemuka Sijil Tidak Tulen


KBS Tamatkan Penglibatan Peserta Felo Perdana Kemuka Sijil Tidak Tulen

PUTRAJAYA, 13 Sept (Bernama) –– Seorang peserta Felo Perdana tahun ini yang ditempatkan di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan ditamatkan penglibatannya dalam program itu kerana mengemukakan sijil tidak tulen.

Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan pelajar universiti awam di ibu negara itu telah menyenaraikan beberapa pencapaian semasa permohonan program berkenaan, namun semakan lanjut mendapati sijil yang dikemukakan bagi satu pencapaian yang disenaraikan adalah tidak tulen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Justeru berkaitan isu ini, beliau akan ditamatkan daripada menyertai program Felo Perdana kerana telah melanggar terma perjanjian program,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan hari ini susulan tular isu berkaitan peserta Felo Perdana terbabit.

Warga siber mempersoalkan pemilihan seorang Felo Perdana di MITI yang dikatakan terpalit isu kontroversi selain menyenaraikan pencapaian yang meragukan.

Program Felo Perdana merupakan program pementoran dan latihan amali yang bermatlamat melahirkan belia berdaya saing dan memahami sistem pentadbiran negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejak diperkenalkan pada 2013, program itu telah melatih 763 belia terdiri daripada lepasan dan penuntut institut pengajian tinggi.

Bagi edisi 2023, seramai 56 orang telah dipilih dan berkhidmat mulai 23 Ogos hingga 31 Disember ini.

Kesemua mereka telah melalui sesi orientasi pada 20 hingga 22 Ogos lepas di Institut Semarak Felda, Bangi .

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, menurut KBS individu berkenaan akan ditawarkan untuk mengikuti sesi kaunseling.

“Pada masa yang sama, KBS akan memulakan siasatan untuk memastikan pelaksanaan program ini dikukuhkan lagi pada masa hadapan.

“KBS sentiasa mendukung usaha kerajaan dalam terus memantapkan tatakelola yang baik dalam semua program kerajaan dan tidak akan berkompromi dengan sebarang ketirisan dalam hal ini,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut kementerian itu pengambilan semua peserta Felo Perdana telah melalui prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan tapisan keselamatan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).

BACA: Nasi Bau Hangit, Letak ‘Satu’ Bahan Ini Auto Jadi Wangi Semula

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JASIN – Sebanyak 9,000 kampit beras putih pek 10 kilogram (kg) akan dijual pada harga RM26 di program khas jualan terbuka di semua...

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Sukan

0 PETALING JAYA – Gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kejutan apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol...

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications