Hi, what are you looking for?

Mamak News

KDN siasat kes Rohana Abdulla


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Oleh DIANA SURYA ABD WAHAB

KUANTAN – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat kes Rohana Abdulla yang ditinggalkan ibunya yang pulang ke Indonesia ketika berusia dua bulan di sebuah tadika, 22 tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, siasatan terperinci akan dilakukan berhubung taraf kewarganegaraannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pemberian taraf kewarganegaraan bukan sesuatu yang mudah dan ia memerlukan dokumen sah berkaitan dan pemberian kewarganegaraan tidak boleh diberikan secara pukal kerana banyak masalah bakal berlaku seperti mana permohonan kes Rohana.

“Kalau kita buat secara pukal, ia akan menjadi satu masalah, kerana angkanya cukup besar seperti berlaku di Sabah, Sarawak dan di seluruh negara.

“Jadi, seperti kes tersebut, biar kita lakukan kajian dan akan bantu kepada mereka yang memerlukan. Dalam kes itu, saya difahamkan bapa kepada Rohana adalah warganegara Malaysia dan jika ada dokumen yang membuktikannya, ia mudah untuk kita berikan,” katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja Pengurusan Banjir Pantai Timur di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Galing di sini hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rohana yang dibesarkan guru tadika Chee Hoi Lan namun sehingga kini, belum memperoleh dokumen untuk mengesahkan taraf kewarganegaraan yang dipohonnya pada 2016.

Rohana yang bekerja sebagai guru tuisyen, berharap dapat memiliki sekurang-kurangnya kad pengenalan sementara untuk memudahkan kehidupannya.

Terdahulu, Ahad lalu, gadis itu menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertanyakan mengenai kisahnya seperti yang tersiar dalam sebuah akhbar tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ismail Sabri menerusi Facebook memaklumkan sedia membantu Rohana untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan.

Dalam pada itu Hamzah berkata KDN akan menjadikan isu berkaitan kewarganegaraan sebagai antara agenda utama untuk ditangani pada tahun ini.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya memberikan taraf kewarganeraan meskipun isu-isu berkaitan kewarganegaraan menjadi isu legasi negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya akan lakukan dengan sebaik mungkin untuk kepentingan semua rakyat sama ada yang mempunyai tahap sebagai warganegara dan juga mereka yang belum mempunyai tahap warganegara.

“Kita akan buat siasatan dan penilaian untuk melihat bagaimana cara dalam menangani masalah mereka yang sudah menetap lebih lama di sini dan tidak mempunyai identiti.

“Semua ini telah pun diamanahkan untuk saya selesaikan dan saya akan lihat ia sebagai salah satu daripada agenda untuk tahun ini dalam usaha mengurangkan mereka yang menghadapi masalah seperti ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.



Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Oyen Buat Hal Lagi, Kali Ini Menyamar Jadi Kapibara Di Zoo Negara Cuaca sejuk sejak kebelakangan ini ekoran...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Is Sabri Yaakob membangkitkan kekecewaan Malaysia dalam isu Palestin dan Myanmar terutamanya...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Saintis Temui Virus Covid Baharu Dalam Kelawar, Dipercayai ‘Kalis’ Terhadap Vaksin Sedia Ada Saintis mendakwa bahawa telah menemui...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki tempatan selepas disyaki terbabit pergaduhan hingga mengakibatkan seorang lelaki Australia parah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications