Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Ke mana Mbappe selepas Real tarik diri?


PARIS – Real Madrid dilaporkan tidak lagi berminat untuk menandatangani penyerang sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mabbper, menurut media Cadena SER.

Gergasi La Liga itu didakwa menamatkan usaha mereka memburu pemain berusia 24 tahun itu dan enggan lagi mengambil langkah mendapatkah khidmatnya, meskipun bintang itu memutuskan mahu meninggalkan PSG sebagai ejen bebas pada musim panas depan atas tiga sebab.

Selain memerlukan bonus tandatangan kontrak yang signifikan, Mbappe dikatakan bersedia berhijrah ke Santiago Bernebeu hanya hika memperoleh gaji €20 juta (RM100 juta) setahun, dua kali ganda daripada €9 juta (RM45.01) setahun dalam kontrak Jude Bellingham.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kelab gergasi itu juga mengutamakan pematuhan dasar perpindahan mereka di mana pasukan berkenaan sedang berusaha menandatangani pemain pada usia lebih muda dengan Endrick yang berusia 17 tahun akan tiba di ibu kota Sepanyol pada 2024.

Los Blancos juga percaya penghijrahan Mbappe ke Real berpotensi menyebabkan perpecahan dalam kalangan kelab dan peminat, sekali gus menyebabkan hierarki tertinggi kelab melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat bintang tersebut.

Penarikan diri Real bakal menyaksikan kelab luar dari La Liga boleh mendapatkan perjanjian pra-kontrak bresama Mbappe pada Januari depan, memandangkan perjanjiannya di Parc des Princes akan memasuki enam bulan terakhir. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Sukan

0 MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukan itu perlu muhasabah diri bagi memastikan pemain-pemainnya tidak terlalu selesa dengan kejayaan dikecapi selama...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat besar Nadeera berbesar hati apabila namanya dibandingkan dengan penyanyi senior namun enggan perbuatan tersebut dilakukan secara berlebih-lebihan. Kata...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications