Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Kebaikan Mengamalkan Minum Susu, Cergas Walaupun Sibuk!


Kebaikan Mengamalkan Minum Susu, Cergas Walaupun Sibuk!

Apabila anda meningkat dewasa dan sudah mula bekerja, agar sukar untuk anda untuk mencari masa untuk melakukan aktiviti untuk mengekalkan kecergasan badan.

Kadang-kadang, apabila kita berkeja dan terikat dengan masa, kita mungkin akan pulang ke rumah lewat. Esoknya pula kena bangun awal pagi untuk pergi ke tempat kerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jadi, sebab itulah kebanyakan orang akan mencari produk minuman kesihatan yang boleh membantu mencergaskan badan.

Ikuti perkongsian daripada Hello Doktor ini.

Dilema individu dewasa & kesibukan dalam kehidupan 

Gambar via Hello Doktor

Hampir setengah juta rakyat di negara kita didapati mengalami simptom tekanan atau depresi, menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2019.1

Advertisement. Scroll to continue reading.

Angka ini juga dipercayai mungkin akan meningkat dari tahun ke tahun jika tiada langkah atau inisiatif untuk mencegah.

Akibat terlalu sibuk dengan pekerjaan, individu mungkin akan kurang atau hilang kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga kecergasan dan kesihatan lantas membuatkan anda memasuki fasa burnout.2

Persoalannya, benarkah tiada solusi untuk orang dewasa muda atau belia boleh lakukan untuk elakkan situasi sebegini?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jangan cepat berkata tidak! Bagi yang bekerja sama ada di kilang atau pejabat dan pelajar kolej atau universiti yang berusia 20 ke 30-an, anda masih lagi berpeluang untuk kekal cergas dan sihat meskipun sedang sibuk. 

Sesibuk mana pun kita, penjagaan kesihatan perlu bermula dari usia muda lagi. Jangan tunggu sampai kita mengalami pelbagai gejala penyakit atau apabila usia lanjut, baru hendak bertindak! Caranya adalah dengan mendapatkan diet seimbang dan amalan gaya hidup sihat.

Mungkin disebabkan itu juga, sudah banyak produk minuman kesihatan untuk lelaki dan minuman kesihatan wanita dijual di pasaran. Cuma, anda perlu lebih bijak memilih dan membuat pilihan! 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anda perlu memastikan bahawa produk minuman kesihatan yang anda pilih adalah benar-benar berkhasiat serta mengandungi nutrien yang diperlukan sebelum membelinya.

Tanda amaran jika badan anda kurang nutrisi

Kita bukan sahaja perlu makan dan minum untuk terus hidup, tetapi juga demi melancarkan lagi fungsi serta sistem tubuh badan agar dapat berfungsi dengan baik.3

Apabila terlalu sibuk atau tidak dapat mengambil diet yang sihat, anda mungkin kurang mendapatkan nutrisi yang diperlukan, maka tubuh badan akan mula menimbulkan tanda-tanda amaran sebelum timbul masalah yang lebih besar.3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekiranya anda gagal untuk mengambil nutrien dengan cukup, beberapa perkara berikut boleh menjadi petanda badan kurang nutrisi:3

Keletihan melampau
Daya pemikiran yang lemah
Proses penyembuhan yang perlahan
Masalah pada kulit, kuku dan rambut
Lemah otot dan kesihatan tulang yang lemah 

Dalam erti kata mudah, kekurangan nutrisi akan mengakibatkan tahap kesihatan anda terjejas secara keseluruhan!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekiranya anda tidak mahu masalah ini mengganggu prestasi di tempat kerja atau kolej, ambil semua nutrien penting untuk tubuh badan dengan secukupnya. 

Keperluan nutrisi untuk kesihatan yang lebih baik

Umpama bahan bakar kenderaan, tubuh badan memerlukan nutrisi untuk bekerja. Pelan diet yang sihat sangat penting dalam menyediakan anda dengan nutrien yang diperlukan oleh tubuh.4

Bagi memastikan anda kekal cergas dan kuat walaupun sedang sibuk, adalah penting untuk mengambil makanan yang mengandungi nutrien berikut:5

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kalsium & vitamin D – Penting untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.
Protein – Nutrisi paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan pemulihan otot tubuh badan.
Kolagen & vitamin C – Penting untuk menyokong sendi.
Vitamin A – Merupakan nutrien yang bagus untuk meningkatkan fungsi dua organ penting iaitu mata dan kulit, selain menguatkan sistem imuniti tubuh badan.
Vitamin B – Vitamin B2 membebaskan tenaga daripada makanan.
Inulin – Sejenis serat makanan yang membantu melancarkan sistem penghadaman, dan merupakan “sumber makanan” atau prebiotik untuk bakteria baik dalam usus kita.
Zat besi & zink – Kedua-dua zat ini mampu menyokong sistem imuniti agar tubuh badan tetap dilindungi.

Amalan diet seimbang dan gaya hidup sihat akan membantu mengelakkan kelesuan.4 Ini bukanlah satu hal yang rumit, hanya memerlukan anda membuat pilihan makanan secara bijak.

Antara usaha yang anda boleh cuba adalah dengan mendapatkan produk minuman kesihatan yang mengandungi nutrisi seperti di atas tadi!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gambar via Hello Doktor

 

Produk minuman kesihatan di pasaran

Air minuman bertenaga atau isotonik sering menjadi pilihan ramai individu dewasa terutama buat mereka yang aktif dalam sukan atau sibuk dalam kerja masing-masing.6

Buktinya, ia merupakan produk paling popular dalam kalangan remaja dan belia Amerika, selain multivitamin.6

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, produk ini bukanlah produk minuman kesihatan yang sebenar ya! 

Minuman lain yang menjadi pilihan ialah jus, herba dan susu.

Puncanya, golongan muda ini tidak berkesempatan untuk makan hidangan penuh atau lengkap sekali gus ingin menggantikannya dengan produk minuman kesihatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini merupakan salah satu cara mereka untuk mendapatkan keperluan nutrisi yang kurang di dalam diet mereka.

Namun, bukan semua produk minuman kesihatan ini boleh dijadikan diet seharian kerana ada yang mengandungi tinggi gula dan kafein. 

Jadi, produk minuman kesihatan mana yang anda boleh ambil setiap hari? 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gambar via Hello Doktor

Susu berkhasiat tinggi sesuai untuk setiap peringkat usia

Stigma masyarakat kita, susu itu hanya untuk kanak-kanak. Tidak! Ia merupakan minuman yang memberi tenaga dan sesuai untuk segenap lapisan usia termasuk orang dewasa.7

Walaupun proses tumbesaran tidak lagi berlaku di usia ini, orang dewasa masih memerlukan khasiat daripada minuman susu sebagai sebahagian daripada diet seimbang bertujuan mengekalkan tahap kesihatan agar berada di paras yang terbaik.

Sistem muskuloskeletal termasuk otot, tulang dan sendi akan mula merosot saban hari akibat gaya hidup kurang aktif, peningkatan usia dan amalan diet tidak sihat.8 Jika tiada langkah diambil, anda akan cepat ‘tua’ sebelum sampai usia!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akibat tubuh badan yang sudah mula hilang kecergasan dan kekuatan, anda pasti akan merasai kesannya. Selain fizikal yang cepat penat dan sering sakit, mental anda juga akan turut terjejas.

Maka, pengambilan susu yang sarat nutrien ini amat penting untuk orang dewasa dan juga kepada warga emas.7

Anlene Total 10, susu diperkaya sarat nutrisi!

Gambar via Hello Doktor

Buat yang masih belajar atau sudah bekerja, jangan biarkan badan terus lemah serta lesu! Kesibukan bukan alasan untuk anda mengabaikan kesihatan tubuh badan sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Langkah utama yang anda perlu buat adalah dengan mengamalkan diet seimbang. Caranya, anda boleh cuba mendapatkan khasiat daripada minuman seperti susu yang sarat dengan khasiat sebagai sebahagian dari diet seimbang harian anda.7

Anlene dikenali sebagai jenama susu tepung dewasa nombor satu di Malaysia, kini telah memperkenalkan rangkaian minuman terbaru, Anlene Total 10! 

Anlene Total 10 dirumus secara saintifik dengan 28 ramuan bermanfaat termasuk kalsium, kolagen, protein, zat besi dan zink, inulin, vitamin (A, B2, B6, B12, C, D, E) serta MFGM Active; kesemuanya nutrisi penting yang diperlukan untuk orang dewasa. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dengan pengambilan susu yang sarat nutrisi ini dalam diet seharian, ia merupakan salah satu langkah penjagaan demi tulang, otot dan sendi yang kuat.8

Dalam masa yang sama, ia juga mengandungi nutrien-nutrien yang dapat menyokong sistem imuniti tubuh anda.9

Susu ini dapat membantu memenuhi keperluan nutrisi harian anda. Dengan nutrisi yang baik dan amalan gaya hidup yang sihat, kita dapat mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti diabetes, obesiti, masalah jantung dan lain-lain.10

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sesuai untuk golongan belia dan dewasa yang ingin kekal sihat meskipun sibuk bekerja, Anlene Total 10 boleh dijadikan antara pilihan minuman untuk menuju ke arah kehidupan yang penuh bermakna dan usia tua yang lebih sejahtera kelak.

Sumber: Hello Doktor

BACA JUGA: Kesan Tak Tidur Malam, Boleh Menyebabkan Diabetes Jenis 2 – Pakar

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post Kebaikan Mengamalkan Minum Susu, Cergas Walaupun Sibuk! appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Kali terakhir dilihat di Sungai Maong, Kuching Pemilik Dakwa Boleh Bergerak Laju, Kura-Kura Gergasi Melarikan Diri Di Kuching. Individu ini muat naik iklan...

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Mamak News

0 Tak Kumpau, Budak 11 Tahun Berjaya Naikkan Ikan Keli Berat 68 Kilogram Seorang kanak-kanak berasal dari United Kingdom dilaporkan berjaya menangkap ikan keli...

Lifestyle

0 Perjalanan Alyssa dalam Universe Ticket Berakhir, Pengunduran Penuh Spekulasi Gadis Borneo Tarik Diri Dari Universe Ticket, Netizen Dakwa Produksi TV Korea Selatan Berat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications