Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Kecaman terhebat sepanjang 25 tahun dalam dunia radio – DJ Lin


PETALING JAYA – Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin menyifatkan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya berhubung isu penamatan kontrak Tyzo baru-baru ini memberi kesan besar terhadap kesihatan mentalnya.

Menurutnya, perkara paling teruk dihadapi ketika ini apabila netizen turut melemparkan kecaman terhadap dua anaknya, Nureen Aresya dan Nazren Asyran.

“Ini kecaman terhebat pernah saya terima sepanjang 25 tahun bergelar penyampai radio. Saya terima kecaman sejak Jumaat lalu sehingga viral.

“Tahun 2024 ini dibuka dengan kontroversi sebegini namun saya terima serta reda dengan ujian yang diberikan Tuhan ketika ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semua netizen yang mengecam saya dengan pelbagai gelaran buruk, fitnah dan menghentam saya secukup-cukupnya,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Tambahnya, dua anaknya tidak sepatutnya menjadi mangsa kecaman netizen berhubung isu ini.

“Mereka tidak bersalah. Kecamlah saya tetapi jangan sentuh anak-anak saya. Anda menghukum saya tanpa sebarang alasan yang kukuh.

“Anda menghukum mereka tanpa alasan yang kukuh, anda menggelar ibu mereka macam-macam. Mereka juga manusia yang ada emosi ada hati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Cuma kalau boleh saya nasihatkan, menghukum biarlah lepas kita mengetahui kenyataan yang sebenar. Itu baru adil,” jelasnya.

Terdahulu, Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, berakhir atas alasan sebagai strategi untuk tahun 2024. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement