Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Kecergasan Tze Yong belum pulih sepenuhnya


SHAH ALAM – Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong masih mampu menampilkan aksi terbaik ketika menghadiahkan mata pertama buat Malaysia ketika bertemu Brunei pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Shah Alam, Selangor sebentar tadi.

Pada aksi pembuka tirai Kumpulan B di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) itu, Malaysia tidak berdepan sebarang masalah untuk mencatat kemenangan bersih 5-0 ke atas Brunei.

Tze Yong yang mengalami kecederaan belakang ketika beraksi pada Terbuka Malaysia bulan lalu bagaimanapun mengakui, tahap kecergasannya masih belum pulih 100 peratus ketika menewaskan pemain Brunei, Kan Kah Kit 21-7, 21-11.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya fikir ini adalah perlawanan (penuh) pertama saya untuk 2024, jadi satu keputusan yang bagus kerana dapat catat kemenangan. Mungkin ada rasa tegang sikit di bahagian belakang tetapi saya akan bincang dengan jurulatih nanti.

“Ketika melakukan pukulan smash, sebenarnya saya masih fikir mengenai kecederaan itu. Oleh itu, saya sedikit berjaga-jaga hari ini kerana itu adalah perkara paling penting,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Meskipun tahap kecergasan belum pulih 100 peratus, namun pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu percaya dia perlu turun bagi menguji sejauh mana prestasinya setakat ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya fikir tahap kecergasan saya dalam 60 hingga 70 peratus. Hari ini memang saya perlu turun bermain bagi mengetahui setakat mana tahap kecergasan dan saya gembira mengenainya.

“Memang saya ada fikir mengenai (kelayakan) Olimpik tetapi masih ada peluang kerana saya berada dalam kelompok 16 teratas. Selain itu, masih ada beberapa kejohanan lain lagi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement