Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Kecewa Tinggal Di Bumi? Manusia Dijangka Akan Mula Hidup Di Atas Bulan Menjelang 2030


National Aeronautics and Space Administration (NASA) mendakwa, manusia akan mula menjalani kehidupan di atas bulan pada dekad ini dengan golongan saintis dan angkasawan yang akan terlebih dahulu memulakan kehidupan serta menghabiskan lebih banyak masa di atasnya.

Agensi angkasa Amerika Syarikat itu kini dilaporkan sedang menguji kapal Orion, sebuah kapsul angkasa lepas boleh guna semula yang direka untuk membawa angkasawan ke bulan, Marikh dan asteroid.

Kapal Orion tersebut juga dilaporkan baru sahaja memasuki orbit bulan buat pertama kalinya beberapa hari yang lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di sebalik pelancaran kapal tersebut, Ketua Program Orion NASA, Howard Hu percaya manusia akan mula datang dan mendiami bulan secara sepenuh masa menjelang 2030.

Bercakap kepada Laura Kuenssberg dari BBC, Howard Hu berkata, “Sudah tentunya dalam dekad ini kita akan mempunyai orang yang tinggal di sana.”

“Mereka akan mempunyai habitat yang tersendiri serta rover yang akan menjalankan fungsinya di atas permukaan bulan, itulah yang kami sedang usahakan di NASA.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, Hu menjelaskan bahawa objektif utama manusia untuk hidup di atas bulan ketika ini hanyalah semata-mata demi penyelidikan sains, orang ramai masih lagi tidak dapat untuk pergi bercuti di sana dalam masa terdekat.

“Itulah yang akan kami lakukan, kami akan menghantar orang untuk mendarat di atas permukaan bulan dan mereka akan hidup di atasnya untuk menjalankan penyelidikan sains.”

NASA sebelum ini telah melancarkan kapal Orion menuju ke arah bulan pada minggu lalu sebagai sebahagian dari misi Artemis yang pertama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penerbangan tersebut akan membuka jalan untuk pendaratan di atas bulan yang akan dikendalikan oleh manusia pada masa hadapan dalam misi Artemis berikutnya.

Misi Artemis 3 dijadualkan pada 2025 yang akan membawa kru manusia pertama di atas bulan sejak beberapa dekad yang lampau.

Ini diikuti pula dengan misi Artemis 4 pada 2027 untuk pembinaan pangkalan di atas permukaan bulan untuk pendaratan manusia setiap tahun selepas itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Bulan Nasa

BACA: Jeff Bezos Ramal Manusia Masa Depan Tinggal Di Angkasa Lepas, Bumi Hanya Destinasi Cuti

Sumber: Daily Star

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Azhar Sulaiman meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang sudah lama tidak pulang ke tanah...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah bimbang melihat perubahan sikap dan tingkah laku anak sulungnya, Seth Uwais selepas kanak-kanak itu dihantar ke sekolah....

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Jangan jadi anak derhaka dan kahwin senyap-senyap ya. Nanti satu sen hartaku tak akan dapat”. Demikian peringatan tegas penerbit popular,...

Hiburan

3s GEJALA memanipulasi imej selebriti menggunakan teknologi ‘deepfake’ atau salah satu jenis kecerdasan buatan (AI) yang digunakan untuk membuat foto, audio dan video semakin...

Advertisement