Individu tersebut membawa anjing peliharaannya ke dalam supermarket namun sempat ditahan pengawal keselamatan
Kecoh Lelaki Bawa Anjing Dalam Troli, Tindakan Supermarket Di Tawau Sabah Ini Raih Pujian Netizen. Tindakan seorang pelanggan meletakkan anjing peliharaannya di dalam troli di pasar raya di Tawau, Sabah telah menjadi perbincangan hangat di media sosial, khususnya di TikTok.
Meskipun ada kritikan dari sebahagian orang, namun tindakan cepat dari pihak pengawal keselamatan pasar raya tersebut mendapat pujian luas dari masyarakat.

Pihak pengurusan supermarket turut memberikan penjelasan dan penambahbaikan mengenai tindakan yang diambil. Troli yang digunakan oleh anjing peliharaan tersebut telah diasingkan dan dibawa ke belakang bangunan untuk dilupuskan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui media sosial:
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pelanggan yang kami hargai
Berhubung dengan satu video viral berkenaan satu unit troli yang pelanggan gunakan, untuk makluman semua, pihak pengawal keselamatan kami telah bertindak pantas dengan menahan pelanggan tersebut dan menegurnya di kawasan parkir sebelum memasuki premis.
Troli tersebut sudahpun diasingkan dan dibawa ke belakang bangunan untuk dilupuskan juga (tidak digunakan sudah).
Terima kasih atas keprihatinan dan makluman tuan puan sekalian.”
Pengurusan pasar raya turut mengambil inisiatif dengan melakukan penyelenggaraan terhadap semua troli di premis tersebut. Mereka menjalankan kerja sertu atau samak dan pembersihan troli secara menyeluruh sebagai langkah untuk memastikan kebersihan dan keselesaan pelanggan.
Reaksi positif dari masyarakat terlihat melalui ruangan komen di laman Facebook rasmi supermarket tersebut, di mana banyak yang memuji tindakan pantas pasar raya tersebut. Kejadian ini turut menjadi pengajaran kepada semua pihak untuk lebih peka terhadap norma-norma sosial dan etika ketika berada di tempat awam
Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah:
Artikel asal oleh: iloveborneo.my
RM13.01
