Hi, what are you looking for?

Mamak News

Kecoh VIP Paksa Ulang Tayang Filem ‘The Batman’, TGV Mohon Maaf Atas Kesilapan Teknikal, Bukan VIP


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Ribuan peminat filem superhero membanjiri panggung wayang hujung minggu yang lalu bagi menyaksikan filem The Batman.

Filem yang merupakan penampilan sulung Robert Pattinson sebagai Batman tersebut berdurasi selama 2 jam 57 minit dan dikhabarkan agak berat serta lebih banyak mengandungi dialog berbanding aksi.

Bayangkan selepas menonton selama 45 minit, anda terpaksa menonton sekali lagi dari awal kerana panggung wayang tersebut ingin memberi peluang kepada sekumpulan penonton yang baru tiba.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Inilah yang berlaku di panggung wayang TGV di Vivacity Megamall, Kuching pada 5 Mac yang lalu.

Penonton yang telah tiba awal bagi menyaksikan filem tersebut dipaksa menghabiskan tontonan bersama-sama dengan sekumpulan penonton yang datang lewat.

Berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak TGV tersebut, Fazillah Raduan telah membuat satu hantaran di Facebooknya bagi meminta penjelasan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

TGV akhirnya mengakui kesilapan dengan membuat permohonan maaf di Facebooknya serta menawarkan pulangan wang serta 2 tiket wayang percuma.

Bagaikan kena ‘game’ dengan musuh Batman, The Riddler, identiti mereka yang datang lewat tersebut tidak didedahkan dan masih kekal menjadi misteri. [?]

1 The Batman TGV

Sedang menonton The Batman semalam di TGV Cinema Vivacity. Filem ini bermula pada pukul 7:15 malam dan telah berlangsung selama kira-kira 45 minit sehingga ia tiba-tiba dihentikan dan salah seorang kakitangan datang untuk membuat pengumuman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kita akan mulakan semula filem dari awal. Maaf atas kesulitan yang berlaku.

Dan apabila ditanya kenapa? Katanya sebab ada penonton yang baru datang.

Apa yang berlaku? Biar betul? Adakah anda tahu perancangan dan susunan apa yang saya terpaksa buat supaya saya boleh menonton filem ini? Orang ramai membeli tiket mengikut masa yang sesuai untuk mereka. Orang-orang itu datang lewat dan itulah masalah mereka. Tidak kira siapa mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jangan beritahu saya ini prosedur biasa. Orang lain bayar juga harga tiket.

Filem ini berdurasi 178 minit. Sekarang saya terpaksa bertahan 45 minit lagi hanya kerana sekumpulan orang datang lewat???

Salah seorang pengurus berkata, kami boleh memberikan anda bayaran balik. Saya beritahu dia, ini bukan tentang wang, ini tentang keadilan. Adakah anda cuba untuk memberitahu saya bahawa saya dan pelanggan yang lain adalah kurang penting daripada yang datang lewat? TGV sila semak semula SOP anda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

The Batman TGV

TERKINI: Tidak sampai 24 jam, TGV sekali lagi mengeluarkan kenyataan rasmi di Facebooknya bagi menjelaskan punca sebenar isu tersebut iaitu disebabkan oleh masalah teknikal dan bukannya disebabkan kelewatan VIP.

TGV Batman

Sumber & kredit foto: Facebook Fazillah Raduan, Facebook TGV Cinemas

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Polis menahan tiga lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rogol secara bergilir-gilir terhadap seorang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KLANG – Peniaga dan juga pihak pengurusan kuil di sekitar Pandamaran diberikan tempoh tiga bulan lagi untuk berpindah...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BERA – Mayat salah seorang mangsa yang hilang dibawa arus deras Sungai Triang dekat Kampung Kerayong di sini...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BENTONG – Seorang lelaki warga asing maut dipercayai dibunuh dalam satu pergaduhan dengan seorang lelaki di kawasan kebun...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications