Hi, what are you looking for?

Mamak News

Kedai alat muzik musnah dalam kebakaran


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KUALA LUMPUR – Sebuah kedai alat muzik yang terletak di tingkat satu bangunan rumah kedai musnah 100 peratus dalam kebakaran di Jalan Tun Tan Siew Sin, dekat sini lewat petang tadi.

Komander Operasi Kanan Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) II Armdan Mahat berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.55 petang.

“Seramai 45 pegawai dan angggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dibantu Pudu, Titiwangsa dan Keramat dikejarkan ke tempat kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Setibanya petugas di lokasi didapati kebakaran melibatkan bangunan dua tingkat yang mana api bermula di tingkat satu yang menempatkan sebuah premis tempat penyimpanan alat muzik.

“Kebakaran di tingkat satu itu melibatkan kemusnahan 100 peratus manakala 80 peratus di tingkat bawah,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kepantasan anggota bomba telah berjaya menyelamatkan unit kiri dan kanan premis daripada terbakar,” ujarnya.

Katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SHAH ALAM – Perjalanan seorang lelaki menyeludup enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dari Kota Bharu,...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JAKARTA: Seorang penduduk beragama Hindu dari Lomb Tengah di Indonesia mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya memperoleh ijazah sarjana...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Pelakon Ummi Nazeera memberi peringatan agar budaya kembali tidak bertudung tidak sepatutnya menjadi kelaziman, khususnya...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON – Wolverhampton Wanderers mengesahkan bahawa mereka sudah berjaya mendapatkan khidmat penyerang Valencia, Goncalo Guedes de­ngan nilai £27.5...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications