Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Kedai tawar makanan percuma setiap hari sejak 2021 bantu orang susah


BLITAR: Sebuah warung makan yang terletak di Jalan Anjasmoro, Nombor 33 di Kota Blitar kelihatan sama seperti kedai makan yang lain.

Pengunjung saling keluar masuk untuk menjamu selera di kedai berkenaan.

Namun, kedai makan itu sebenarnya menyimpan pelbagai cerita mengenai masyarakat di Kota Blitar, terutamanya mereka yang kurang bernasib baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dikenali sebagai Warung Makan Gratis, kedai itu menyediakan makanan percuma untuk golongan kurang bernasib baik bagi mengalas perut setiap hari.

Menunya mudah, iaitu sayur, daging atau ayam dan air, namun cukup menyelerakan bagi warga Kota Blitar, terutamanya pengayuh beca.

Pengasas kedai makan tersebut, Didin Andriani berkata, dia bersama 10 lagi rakannya membuat keputusan untuk mendirikan kedai itu pada Februari 2021 semasa pandemik Covid-19 melanda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sejak itu, kami tidak pernah tutup kedai dan hanya bercuti ketika Hari Raya Aidilfitri.

“Tujuan utama kami adalah untuk membantu warga yang terkesan akibat Covid-19, sama ada secara ekonomi atau pun faktor-faktor lain.

“Konsep kedai makan kami mudah, iaitu ambil nasi seberapa banyak yang dimahukan, begitu juga dengan lauk dan kami minta mereka makan sehingga habis, jangan membazir,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Didin memaklumkan, bagi menguruskan kedai makan itu dan bekalan bahan mentah, pelbagai pihak tampil untuk menyumbang.

Jelasnya, ada yang menyumbangkan sayuran, beras dan bahan memasak yang lain.

“Banyak pihak menyokong niat kami untuk membantu orang susah dan terima kasih banyak kami ucapkan, semoga Allah SWT memudahkan urusan kita semua,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Kebakaran Tahfiz: Pemuda Rayu Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Sabitan Bunuh PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan...

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Mamak News

0 KLANG – Seorang wanita yang juga penduduk Bagan Teo Chew, Pulau Ketam di sini, dilaporkan masih hilang dalam kebakaran tiga buah rumah di...

Lifestyle

0 Tiga bank lanjut pengecualian caj QR Duitnow Public Bank Tarik Balik Kenakan Caj Transaksi DuitNow QR, Lagi 2 Bank Lanjut Pengecualian Caj. Tiga...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications