Hi, what are you looking for?

Sukan

Kedudukan Mick Schumacher makin terancam


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

LONDON – Kedudukan Mick Schumacher bersama Haas pada musim depan bakal terancam selepas beberapa nama dikaitkan akan menyertai pasukan tersebut.

Bekas pemandu Formula Satu (F1), Ralf Schumacher percaya anak buahnya, Mick bakal bersaing dengan pelumba Formula Dua (F2) untuk mendapat kontrak bersama Haas terutama Felipe Drugovich yang kini mendahului saingan tersebut.

Ketika ini, Haas belum meng­umumkan sebarang keputusan mengenai kontrak bagi musim depan meskipun timbul khabar angin kontrak pemandu berusia 23 tahun berakhir pada penghujung musim ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Apa yang saya boleh katakan ialah Mick memulakan saingan F1 dengan keputusan yang tidak berapa baik jika dibandingkan de­ngan rakan sepasukannya, Kevin Magnussen.

“Bagaimanapun, selepas beberapa pusingan Mick dilihat mula mempamerkan persembahan yang positif apabila meng­akhiri saingan di tempat kelapan di Grand Prix (GP) British dan tempat keenam di GP Austria.

“Saya harap dia dapat mengekalkan prestasi terbaik ketika Haas akan membawa pakej baharu pada jentera mereka tidak lama lagi,” kata Ralf.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ralf turut mengakui keputusan akhir pasukan Haas mengenai senarai pemandu mereka bagi musim 2023 akan terjawab beberapa bulan akan datang.

“Kebiasaannya pasukan akan mengumumkan barisan pemandu mereka pada Ogos dan September. Ketika ini ada beberapa nama dalam radar antaranya ialah Drugovich. Jika Mick mampu terus meraih mata kemungkinan peluangnya untuk kekal bersama Haas cerah,” ujar Ralf. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KKR nafi dakwaan ‘Malaysia ke-12 terbawah miliki jalan raya terburuk’ KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) — Kementerian Kerja...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Seorang wanita melahirkan rasa syukur apabila proses mengeluarkan wang simpanan ibunya yang menghidap str dipermudah...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BARCELONA – Pengendali Barcelona, Xavi Hernandez melaungkan keyakinan anak-anak buah­nya sudah bersedia menggempur gawang Inter Milan untuk membawa...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR –  Valis Wings, Datuk Awie menggesa penyanyi rock tidak menjadikan genre diperjuangkan sebagai lesen berkelakuan kurang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications