Hi, what are you looking for?

Mamak News

Kejadian gunung berapi lumpur fenomena biasa di Sabah – Pakar Geologi


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KOTA KINABALU – Pakar geologi Sabah, Prof. Dr. Felix Tongkul memaklumkan situasi gunung berapi mengeluarkan letusan lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, semalam merupakan kejadian biasa.

Beliau berkata, fenomena berkenaan berlaku apabila tekanan lumpur dalam bumi meningkat dan perlu dilepaskan.

“Keadaan ini berulang apabila tekanan terkumpul pada suatu masa tertentu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kejadian gunung berapi lumpur seumpama ini (lebih aktif) adakalanya berlaku semasa kejadian gempa bumi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi sebentar tadi.

Gunung berapi lumpur bukan sesuatu kejadian baharu di Sabah, malah selain di Tabin, fenomena sama juga boleh ditemui di daerah lain termasuk yang popular di Taman Pulau Tiga dan Kuala Penyu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, ditanya sama ada gunung berapi lumpur yang meletus itu mempunyai kaitan dengan kejadian gunung berapi aktif di pantai tenggara Taiwan semalam, Felix berkata, kedudukan Sabah yang agak jauh dari negara berkenaan diramalkan tidak menjejaskan atau memberi ancaman kepada Sabah.

Terdahulu, tular di media sosial tentang sebuah video yang memperlihatkan fenomena gunung berapi mengeluarkan lumpur.

Dalam video itu, kelihatan letusan berlaku sehingga menyebabkan sekumpulan dipercayai pemandu pelancong panik. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. HARUS diakui, naskhah filem dumentari ‘dark story’ seperti kes pembunuhan tragis atau kisah pembunuh bersiri paling menakutkan sering...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON – Jentera Ferrari yang dipandu legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher pada saingan musim 2003 akan dilelong...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PENULARAN Covid-19 yang melanda seluruh dunia sejak penghujung 2019 ternyata mengubah corak kehidupan rakyat dengan pelbagai norma baharu...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JAKARTA: Presiden Indonesia, Jo Widodo (Jowi) disaman di Mahkamah Daerah Jakarta Pusat berhubung dakwaan ijazah palsu yang digunakan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications