Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

‘Kejadian terlalu pantas, kami tercampak dalam laut’


LUMUT – “Kejadian berlaku begitu pantas, secara tiba-tiba saya dan beberapa penumpang lain tercampak ke dalam laut,” beritahu John Peter Anthonysamy, 26, ketika menceritakan detik cemas kejadian dua bot membawa 21 orang berlanggar di perairan Lumut pada Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam berhampiran Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut itu, tiga wanita berusia antara 26 hingga 43 tahun mati lemas selepas terhumban ke dalam laut akibat pelanggaran tersebut.

John Peter dan isterinya, G. Devapiria, 26; kakaknya, A. Elesbeth Rani, 41, serta tujuh penumpang lain tercampak ke dalam laut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, tekong bot yang membawa 17 penumpang itu kemudian membaling tong ikan ke dalam laut sambil meminta mereka berpaut kepada tong tersebut.

“Kami bertiga bagaimanapun ditolak arus air laut yang sedang surut, jauh dari bot.

“Isteri dan kakak tidak pandai berenang serta banyak tertelan air sehingga memenuhi paru-paru,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Perak, Zainal Ismail, di rumahnya di Taman Segari Maju, Segari, dekat sini petang ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau yang baru kira-kira setahun berkahwin dengan Devapiria, cuba menyelamatkan mangsa, tetapi tidak berdaya dengan kedua-dua tekong bot mengambil masa kira-kira 30 minit menaikkan semua mangsa ke dalam bot.

Sementara itu, bagi J. Darvhin, 20, dan J. Kalai Kumar, 18, yang masih bersedih kematian bapa mereka pada Mei 2021 akibat penyakit batu karang kronik, kini berdepan ujian kehilangan ibu, Elesbeth Rani.

Darvhin memberitahu, kehilangan dua insan tersayang dalam tempoh tiga tahun adalah sesuatu yang menyedihkan, tetapi mereka dua beradik perlu tabah mengharungi masa mendatang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kalai Kumar sudah bekerja sebagai kelindan lori baru-baru ini manakala saya pula sudah mendapat tawaran bekerja di kilang sarung tangan di Kampung Acheh, Sitiawan, tidak lama lagi,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, John Peter akan menerima faedah pencen penakat sebanyak RM401.60 setiap bulan sepanjang hayatnya kerana mendiang isterinya yang bekerja di sebuah kilang di Lekir, Sitiawan, mencarum dengan Perkeso.

Begitu juga dua beradik, Darvhin dan Kalai Kumar menerima faedah pencen penakat kedua-dua ibu bapanya berjumlah RM472 sehingga mereka berusia 21 tahun atau sehingga tamat ijazah pertama jika menyambung pengajian di universiti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zainal memberitahu, kedua-dua waris juga sudah menerima perbelanjaan pengebumian masing-masing RM2,000 bagi setiap mangsa.

Mengenai seorang lagi mangsa, A. Vijayalatchimy, 43, Zainal memaklumkan proses tuntutan faedah Perkeso dipindahkan ke Perkeso Johor kerana suaminya bekerja di Singapura dan menetap di Johor Bahru bersama anak lelaki berusia 18 tahun. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement