Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Kejar pengedar dadah sejauh 32 km


KLANG – Tiga pengedar dadah termasuk dua wanita ditahan selepas dikejar sejauh kira-kira 32 kilometer dalam kejadian di Batu 1 Jalan Meru di sini tengah malam tadi.

Penahanan kesemua suspek termasuk dua warga asing itu yang berusia 25 hingga 44 tahun dilakukan kira-kira pukul 12.40 tengah malam selepas kereta jenis Perodua Viva dinaiki mereka terbabas melanggar pembahagi jalan.

Kejadian itu turut tular menerusi video 13 saat di laman aplikasi WhatsApp.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang yang sedang melakukan rondaan di kawasan Puchong telah mengesan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, anggota MPV IPD tersebut kemudiannya telah mengarahkan kereta tersebut untuk berhenti bagi pemeriksaan.

“Bagaimanapun, arahan tersebut tidak diendahkan dengan kereta dinaiki tiga suspek tersebut terus memecut laju dari Lebuh Raya Damansara Puchong sehingga di Jalan Meru di sini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Adegan kejar itu melibatkan tiga MPV IPD Serdang dan dua dari IPD Klang Utara sebelum kenderaan dinaiki suspek terbabas melanggar pembahagi jalan dan berjaya menahan mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, hasil pemeriksaan seterusnya merampas sebuah beg sandang yang
mengandungi masing-masing tiga peket plastik lut sinar bagi dadah jenis syabu, ketamin selain lima peket berisi serbuk ecstasy.

Vijaya Rao menjelaskan berat keseluruhan dadah tersebut adalah 63.5 gram yang dianggarkan bernilai RM4,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semakan mendapati suspek warga tempatan itu bekerja sebagai pembantu peribadi dan mempunyai tiga rekod lampau dibawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Ketiga-tiga suspek juga positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin. Mereka kini direman selama lima hari sehingga 18 Ogos ini dengan kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1), Seksyen 12 (3) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. -KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Kebakaran Tahfiz: Pemuda Rayu Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Sabitan Bunuh PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan...

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Mamak News

0 KLANG – Seorang wanita yang juga penduduk Bagan Teo Chew, Pulau Ketam di sini, dilaporkan masih hilang dalam kebakaran tiga buah rumah di...

Lifestyle

0 Tiga bank lanjut pengecualian caj QR Duitnow Public Bank Tarik Balik Kenakan Caj Transaksi DuitNow QR, Lagi 2 Bank Lanjut Pengecualian Caj. Tiga...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications