Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Kekalahan Arsenal memalukan Arteta


LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menempelak barisan pemainnya kerana gagal memanfaatkan 30 peluang yang dimiliki ketika tewas 0-2 kepada West Ham United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates awal pagi ­semalam.

Kekalahan itu sememangnya perit untuk diterima kem The Gunners yang kini terpaksa akur gagal merampas kedudukan pendahulu EPL apabila ketinggalan dua mata di belakang ­Liverpool.

“Malam yang cukup mengecewakan buat kami. Caranya mudah sahaja sebenarnya iaitu kami perlu meletakkan bola dalam gawang dan memenangi perlawanan ini, namun kami gagal walaupun memiliki begitu banyak peluang,” kata Arteta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengendali berusia 41 tahun itu sekali lagi mengkritik mutu pengadilan selepas Video Bantuan Pengadil (VAR) mengambil masa lama untuk mengesahkan gol pertama West Ham hasil ­jaringan Tomas Soucek pada minit ke-13.

“Ia sesuatu yang memalukan apabila teknologi digunakan gagal membuat keputusan sama ada bola sudah keluar ataupun tidak,” jelasnya.

West Ham kemudiannya menambah derita Arsenal dengan gol kedua daripada bekas pertahanan tengah pasukan itu, Konstantinos Mavropanos pada minit ke-55.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Arsenal seharusnya me­nyalahkan diri sendiri kerana tewas dalam perlawanan itu apabila percubaan Bukayo Saka terkena tiang, manakala Gab­riel Jesus gagal menyudahkan dua peluang keemasan untuk ­menjaringkan gol.

Tuan rumah juga bernasib baik tidak kalah dengan lebih te­ruk apabila sepakan penalti Said Benrahma pada lewat permainan berjaya diselamatkan penjaga gol Arsenal, David Raya. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement