Hi, what are you looking for?

Hiburan

Kekasih Johnny Depp masih isteri orang?


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

ANDAIAN peminat berkenaan keintiman Johnny Depp dengan peguamnya hampir tepat apabila bintang sensasi itu kini dikatakan menjalinkan cinta bersama bekas peguamnya, Joelle Rich.

Biarpun si dia bukan Camille Vasquez, 38, iaitu peguam yang mewakilinya dalam kes terbaru saman fitnah membabitkan bekas isterinya, Amber Heard, ramai teruja mendengar perkhabaran berkenaan.

Hakikatnya ketika kes sedang berlangsung pada awal tahun ini, hati Depp sudah ditambat Rich, 37, yang juga ibu kepada dua cahaya mata.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut laporan E! News, Rich adalah peguam yang berpangkalan di London dan mewakili Depp dalam tuntutan kes fitnah terhadap The Sun di mahkamah di United Kingdom pada 2018.

Diaa menjadi sebahagian pasukan undang-undang Depp yang memfailkan saman terhadap tabloid Britain itu atas tuduhan melabelnya sebagai kaki pukul isteri.

Menguatkan dakwaan mereka intim adalah apabila peguam di bawah firma The Schillings Law Company itu dilihat hadir memberi sokongan ketika perbicaraan terbaru Depp di Mahkamah Circuit di Fairfax Country di Virginia, Amerika Syarikat (AS), awal tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sedangkan, dirinya tidak terbabit mahu pun mempunyai kaitan dengan kes yang menyaksikan pasukan Vasquez sebagai peguam Depp.

Pada 3 Mei lalu Rich kelihatan berada di luar mahkamah di Virginia berpelukan dengan Vasquez disusuli kemunculan dua minggu kemudian, namun kali ini dia duduk di dalam kamar mahkamah sama.

Begitupun, tiada pihak menyedari keakrabannya dengan bintang Pirates of the Caribbean itu atau tahu sejak bila mereka menjalinkan cinta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber terdekat turut mendedahkan pada awal perhubungan pasangan tersebut berjumpa secara sembunyi di hotel bagi mengelakkan cinta mereka terbongkar.

Cuma status wanita tersebut masih menjadi bualan kerana difahamkan dia sedang dalam proses perceraian dengan pengarah sebuah syarikat kewangan, Jonathan Rich yang dikahwini pada Julai 2011.

Terdahulu, Rich yang berpengalaman lebih sedekad dalam perundangan dilaporkan mengendalikan kes membabitkan Meghan Markle dan Putera Harry melawan the Mail sekali gus menang dalam kes tersebut. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JEMPOL – Tindakan seorang pemilik akaun media sosial Tikt memuat naik video yang boleh mengundang tomahan terhadap polis...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Bekas pemain legenda bola sepak Kelantan Mohd Hashim Mustapha menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.25 malam tadi pada...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. AL KHOR – Jaringan lewat permainan menerusi pemain gantian, Niclas Fullkrug membolehkan Jerman terus menghidupkan harapan selepas ter­ikat...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Satu tabung kecemasan mengutip sumbangan buat pelakon Nad Zainal yang masih dirawat di Unit Rawatan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications