Hi, what are you looking for?

Hobi

Keladi 916 Gold hampir menyamai harga Perodua Axia


Harganya hampir menyamai sebuah kereta Perodua Axia.

Itu antara komen orang ramai apabila melihat satu hantaran mengenai jualan keladi di laman Facebook Kelab Keladi Malaysia.

Menerusi hantaran terbabit, penjual telah mengiklan keladi miliknya jenis Guinea 916 Gold yang berharga RM30,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Suami Hadiahkan Cincin Berlian Selepas Isteri Hilang Berat Badan 75kg

Pada hantaran itu, penjual juga meninggalkan nombor telefonnya untuk dihubungi sekiranya ada yang mahu membeli.

Difahamkan, keladi tersebut adalah spesies yang jarang ditemui di negara ini dan harga induknya juga boleh mencecahkan ratusan ribu ringgit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai reaksi terhadap hantaran penjual terbabit.

“Cantiknya, biarla dia nak jual RM30,000, benda ‘rare’, susah nak jumpa kat mana-mana kebun, kat nurseri pun jarang jual,” tulis Aruna Irani.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi netizen dikenali sebagai Ahmad Kadir Harun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Harga keladi sekarang dan sama seperti harga sebuah Perodua Axia, tapi jika sudah minat ada yang sanggup beli,” tulisnya.

Pada masa sama, netizen turut menasihatkan orang ramai yang mula berjinak menanam keladi supaya memulakan dengan benih yang berharga murah dahulu.

“Kalau tak mampu jangan beli yang besar, beli la anak-anak dulu, insya-Allah mampu, pejam celik pejam celik sekejap sahaja sudah besar,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 BAGAN SERAI – Sebuah rumah penduduk di Jalan Baru Alor Pongsu hampir musnah, manakala dua buah yang lain bumbung tercabut setelah dipukul angin...

Lifestyle

0 Hingga buat netizen terliur Lebih 13K , Wanita Ini Kongsi Resipi Sardin Pedas ‘Smiling Fish’ Dengan Terung Asam. Sebut sahaja jenama ‘smiling fish’...

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meminta sekolah rendah khususnya para guru untuk memantau murid mereka terutama Tahun Satu yang menjalani ibadah...

Mamak News

0 Solat Sunat Terawih Penuh 30 Hari, Dapat Duit Raya RM 100 Apabila masuk bulan Ramadan pasti ramai yang akan mengambil peluang untuk merebut...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications