Hi, what are you looking for?

Sukan

Kelantan United FC bebas tunggakan gaji pemain


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KOTA BHARU – Perbelanjaan berhemah merupakan kunci utama Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) menjadi antara pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) yang bebas daripada masalah tunggakan gaji pemain sejak ditubuhkan tiga tahun lalu.

Penasihat KUFC, Wan Roslan Wan Hamat berkata, pihaknya amat menitik beratkan aspek tersebut kerana ia melibatkan prestasi pemain sekali gus boleh memberikan kesan tidak baik kepada pasukan.

Menurutnya, selepas pasukan itu ditubuhkan, amaran telah diberikan kepada pihak pengurusan supaya merangka pelan kewangan dan perbelanjaan mengikut kemampuan bagi memastikan KUFC tidak terpalit dengan masalah tunggakan gaji atau hutang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Alhamdulillah, KUFC berjaya mengekalkan rekod bersih dan menutup setiap musim tanpa tunggakan hutang melibatkan pemain.

“Meskipun gaji yang ditawarkan agak rendah berbanding pasukan lain, namun ia tidak menghalang pemain untuk beraksi dengan KUFC,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik Antara Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. (Yakult) dengan Kelantan United di sini hari ini. – K! ONLINE.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Polis menafikan telah menahan van berwarna putih yang didakwa melakukan kegiatan jenayah menculik kanak-kanak di sekitar perumahan murah...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) menyatakan mesin permainan kaut atau ‘claw machine‘ haram digunakan dalam agama Islam. Perkara...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. CAIRO – Keputusan pengendali Mesir, Rui Vitoria untuk melepaskan Mohamed Salah lebih awal daripada kem latihan kebangsaan jelas...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Penyanyi Najwa Latif mengakui tidak akan menyertai sebarang pertandingan nyanyian kerana sedar dengan kemampuan sendiri....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications