Hi, what are you looking for?

Mamak News

Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia Jinakkan Palestin 4-0


Malaysia tewaskan Palestin dalam kelayakan Piala Asia B-17 2023

Skuad B-17 kebangsaan berjaya menumpaskan pasukan Palestin dalam perlawanan kumpulan B bagi kelayakan Piala Asia B-17 2023 dengan jaringan 4-0 sebentar tadi.

Gol pertama pasukan Malaysia disumbangkan oleh Anjasmirza pada minit ke 50 separuh masa kedua. Manakala Faris Danish menyumbang gol kedua pada minit ke 68.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menjelang minit ke 74 perlawanan, skuad kebangsaan sekali lagi berjaya menjaringkan gol menerusi Arami Wafiy.

Ketika perlawanan semakin menghampiri wisel penamat, Zainurhakimi Zain berjaya menjaringkan gol pada minit ke-87, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan pasukan negara.

Untuk makluman, skuad B-17 kebangsaan telah diundi ke dalam Kumpulan B bersama empat lagi pasukan lain iaitu pasukan seteru Indonesia sebagai tuan rumah, Palestin, Guam dan UAE.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perlawanan seterusnya Malaysia bakal berjumpa dengan pasukan Guam pada 5 Oktober ini. 10 juara kumpulan dan lima naib juara terbaik akan layak ke Piala Asia B-17 2023.

Sumber: Football Association of Malaysia/Facebook, Football Association of Malasyia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Sukan

3s SHAH ALAM – Skuad badminton lelaki negara boleh dianggap mendapat laluan selesa apabila diundi bertemu Singapura pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan...

Sukan

3s KUALA LUMPUR – Persekutuan Renang Malaysia (MAS) akan melakukan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan ratu terjun negara, Datuk Panela Rinong berhubung kemelut dalaman yang...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Azhar Sulaiman meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang sudah lama tidak pulang ke tanah...

Advertisement