Hi, what are you looking for?

Hiburan

Keluarga rai hari lahir Sumayyah, netizen tanya mana Syamsul?


PETALING JAYA – Sambutan hari lahir anak perempuan pelakon Puteri Sarah Liyana, Sumayyah yang keempat diraikan dalam suasana sederhana, namun tetap meriah, semalam.

Menerusi beberapa keping foto yang dikongsikan Sarah dalam Instagram miliknya menunjukkan majlis hari jadi yang diadakan di restoran milik bapa mentuanya dihadiri oleh kedua ibu bapanya termasuk Datuk Yusof Haslam dan isterinya, Datin Fatimah Ismail.

“Ramadan merapatkan silaturahim,” tulis Sarah ringkas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkongsian sama, kelihatan Yusof Haslam berjabat tangan bersama bapa Sarah, Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin sekali gus membuktikan hubungan baik mereka sebagai besan.

Malah ibu mentuanya, Fatimah Ismail turut meninggalkan komen apabila berharap agar hubungannya bersama keluarga Sarah akan kekal sehingga ke akhir hayat.

“Ya Allah. Semoga silaturahim ini kekal sehingga ke akhir hayat. Selamat hari jadi Puteri Sumayyah,” tulisnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, beberapa komen yang ditinggalkan netizen mencuri perhatian ramai apabila mempersoalkan ketiadaan Syamsul Yusof di majlis meraikan hari lahir anaknya.

Lebih membuatkan netizen tertanya-tanya apabila Syamsul sebelum ini mengeluarkan kenyataan mahu bertemu dengan Sarah untuk berdamai, namun ‘bayangnya’ di majlis tersebut langsung tidak kelihatan.

“Manalah Syamsul. Hari jadi anak pun tak mahu tunjuk muka. Anak ini boleh membesar dan dendam dengan ayahnya. Rugi betul jadi seorang ayah yang tidak ada bersama lihat anaknya membesar,” kata seorang netizen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Nak salahkan isteri? Hari jadi anak sendiri pun tiada. Hari bahagia untuk seorang anak itu perkara yang dia akan ingat sampai besar,” komen seorang pengikutnya.

“Mana dia (Syamsul) yang kononnya nak berdamai, face to face (berdepan) seperti yang diucapkan dalam sidang media? Ada datang majlis ke tidak?” tanya seorang pengguna Instagram.

Pada 24 Mac lalu, Syamsul atau nama lengkapnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof meluahkan rasa kecewa apabila harapannya untuk bertentang mata dan bersua muka dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah melalui Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak kesampaian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Syamsul yang diwakili sepupunya, Muhammad Nazri bagaimanapun menghormati proses yang dijalankan hampir dua jam itu walaupun dibuat secara berasingan hingga menyukarkan dirinya untuk mencari jalan perdamaian.

“Melalui proses JKP ini saya harap dapat berjumpa Sarah, tapi malangnya proses itu dijalankan secara berasingan. Saya akur dan mengharapkan masalah rumah tangga kami ini dapat diselesaikan secara baik,” katanya kepada pihak media. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang penyanyi cacat penglihatan dari Indonesia menerima kejutan besar apabila berjaya meraih Golden Buzzer dalam rancangan America’s Got Talent (AGT), baru-baru ini....

Mamak News

0 PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew bantu ibu tunggal bertatu di sekitar Jakarta, Indonesia berikutan wanita berkenaan terpaksa menyara anaknya yang...

Sukan

0 MADRID – Penyerang antarabangsa Perancis, Karim Benzema akhirnya sah menyertai kelab juara Liga Arab Saudi, Al Ittihad selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun...

Mamak News

0 ISLAMABAD: Polis Pakistan secara rasmi menamakan bekas Perdana Menteri, Imran Khan sebagai bersubahat dalam satu kes pembunuhan berlaku Selasa lalu.   Imran, 70, didakwa...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications