Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Kemalangan usia 4 tahun, Hariz Hamdan fobia darah


KUALA LUMPUR – Pernah mengalami kemalangan ketika usia empat tahun, pelakon Hariz Hamdan masih fobia dengan darah sehingga ke hari ini.

Ujar pemilik nama penuh Muhammad Hariz Muhammad Hamdan itu, kemalangan tersebut bukan sahaja meninggalkan kesan emosi mendalam terhadap diri, malah turut menyukarkannya melakonkan babak melibatkan darah.

“Saya mula fobia dengan darah selepas berlaku satu insiden kemalangan ketika saya berusia empat tahun.

“Saya tak ingat sangat, tapi yang saya ingat, tangan saya bergesel dengan tayar kenderaan menyebabkan darah memancut-mancut, selain meninggalkan parut kekal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Disebabkan itu, saya tak boleh tengok darah dan kalau nampak serta-merta boleh jadi loya, tapi saya bersyukur keadaan semakin baik,” katanya kepada Kosmo! Online.

Mengulas lanjut mengenai trauma dihadapi, pelakon berusia 22 tahun itu menjelaskan agak sukar untuknya melakukan babak yang melibatkan darah terutama dalam penampilan sulung menerusi filem seram Banglo Seksyen 12.

“Saya jarang menonton cerita seram sebab saya penakut. Jadi, boleh dikatakan, mencabar untuk saya jayakan naskhah ini apatah lagi ini filem pertama saya.

“Gemuruh memang ada terutama sewaktu menjayakan babak pemujaan menggunakan ayam mati yang memang guna ayam hidup dan keluar darah betul.

“Seperti yang saya katakan, saya fobia terhadap darah dan menyebabkan sukar untuk sempurnakan adegan itu. Saya cuba yakinkan diri saya mampu buat,” ujarnya ketika ditemui pada malam gala filem Banglo Seksyen 12, baru-baru ini.

Selain Hariz, filem terbitan Prisma Pictures Sdn. Bhd. itu turut menampilkan Intan Ladyana, Mustaqim Bahadon, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Faez Malek, Farah Yasmin, Faris Fikri dan ramai lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Filem arahan bersama Intan dan Dharma Nasution itu bakal menemui penonton di pawagam mulai hari ini. – KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement