Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Kemas & Mudah Dibaca, Tulisan Doktor Ini Pada Kertas Preskripsi Raih Pujian


Kemas & Mudah Dibaca, Tulisan Doktor Ini Pada Kertas Preskripsi Raih Pujian

Seorang doktor menjadi tular apabila tulisan yang ditulis olehnya di sekeping kertas preskripsi dipuji kerana dilihat sangat kemas dan mudah untuk dibaca.

Memetik akhbar berita NDTV, seorang pegawai perubatan bernama Dr. Nitin Narayanan yang berasal dari Kerala, India itu telah mengubah stigma masyarakat bahawa semua tulisan oleh doktor adalah seperti kod rahsia serta hanya difahami oleh pegawai farmasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto tersebut menjadi tular dan berjaya menarik perhatian umum selepas ia dikongsi menerusi laman Facebook milik Bency SD.

Difahamkan juga, doktor tersebut berkhidmat sebagai pakar kanak-kanak di Pusat Kesihatan Komuniti (CHC) di Palakkad. 

Dalam pada itu, Dr. Nitis menggunakan tulisan dalam huruf besar sekaligus menjadikan ia sangat mudah untuk dibaca. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom

“Saya menulis semua preskripsi pesakit saya dalam huruf besar. Doktor lain menulis dengan tulisan yang tidak boleh dibaca kerana mungkin mereka sibuk. 

“Saya cuba sedaya upaya untuk menulis preskripsi dengan jelas dan kemas walaupun saya sibuk dan pesakit lebih menghargai jika mereka faham ubat apa yang mereka terima,” jelas Nitin. 

Difahamkan, Dr Nitin mempunyai kemahiran menulis dengan kemas sejak dibangku sekolah lagi dengan menggunakan teknik dan latihan menyalin semula buku. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Amalan menyalin semula buku-buku membantu saya untuk mengekalkan gaya penulisan saya dan saya cuba untuk mengekalkan hal itu sehingga tamat pengajian,” jelasnya lagi. 

BACA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: “Jangan Risau Kantoi,” Abang Ni Kongsi ‘Helah’ Nak Ajak Member Pergi Bangkok Secara Percuma

Sumber: NDTV

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Sukan

3s SHAH ALAM – Seperti dijangka, skuad badminton lelaki negara tidak berdepan sebarang masalah untuk menewaskan Brunei 5-0 bagi meraih kemenangan pertama pada Kejohanan...

Sukan

3s LONDON – Arsenal terus mencabar kelomp teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas melakar kemenangan bergaya 6-0 ke atas West Ham di Stadium London...

Hiburan

3s KALAU sudah namanya Roy Azman, pasti ada sahaja yang keluar daripada mulutnya akan menggelikan hati ramai. Terkenal dengan sifat suka mengusik, Roy baru-baru...

Advertisement