Aplikasi MySejahtera yang menerima kemaskini bermula malam tadi akan memfokuskan kepada kemudahan paparan status vaksin seseorang dan juga status risiko seseorang.

Melalui kemaskini baharu ini, ia akan memaparkan status pengguna berkenaan sama ada telah divaksin penuh atau sebaliknya pada halaman imbasan daftar masuk ke sesuatu lokasi. Malah, sekiranya berisiko, ia akan turut memaparkan butang berwarna merah yang lebih jelas berbanding pada hari ini.
BACA: Harga Siling Kit Ujian Kendiri Covid-19 Ditetapkan Pada RM19.90 – Menteri Kesihatan
Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia mengatakan pengenalan kemaskini ini pada MySejahtera akan memudahkan lagi urusan harian, apatah lagi dengan kita perlu hidup bersama Covid bergerak ke hadapan.
Disamping itu, beliau turut mengatakan kemaskini baharu akan diperkenalkan dalam minggu-minggu akan datang dalam terus menambah-baik aplikasi MySejahtera.
Pengaktifan butang daftar-keluar
Butang daftar-keluar kini turut diperkenalkan di dalam kemaskini terbaru. Sebelum ini kita hanya perlu mendaftar-masuk ke sesebuah premis, kini kita perlu menekan butang daftar-keluar sesudah kita meninggalkan premis yang dilawati. Ianya dikatakan untuk memudahkan lagi pengesanan kontak (contact tracing).
Kemaskini MySejahtera: iOS / Android
