Hi, what are you looking for?

Mamak News

Kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital catat penurunan


PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan bahawa terdapat penurunan bagi jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penurunan tersebut dikesan pada minggu epidemiologi Ke-33 bagi tahun 2022 (ME33/2022) iaitu bermula 14 sehingga 20 Ogos lalu.

“Jumlah pesakit kategori 1 dan 2 menunjukkan penurunan sebanyak 5.0 peratus manakala pesakit kategori 3, 4 dan 5 pula menunjukkan penurunan sebanyak 15.4 peratus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Begitu juga dengan peratus pengisian katil di fasiliti Covid-19 apabila penggunaan katil bukan kritikal menurun sebanyak 1 peratus namun penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) menunjukkan peningkatan 5 peratus dan tiada perubahan di PKRC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, kes-kes positif Covid-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di seluruh negara juga telah menunjukkan sedikit penurunan jika dibandingkan dalam tempoh sama pada ME32/2022 yang lalu.

“Terdapat penurunan sebanyak 5.4 peratus pada jumlah kedatangan pesakit ke CAC dan penurunan 9.9 peratus pesakit yang menjalani pemantauan di rumah manakala bilangan kes Covid-19 yang dirujuk CAC ke hospital dilaporkan menurun sebanyak 21.3 peratus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bagi trend kes aktif harian Covid-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada akhir ME 33/2022 ianya turun kepada 16.3 peratus berbanding pada akhir ME 32/2022 iaitu daripada 62,516 kes kepada 52,326 kes,” jelas beliau.- KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement