Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Kembara Kenali Borneo acara luar biasa, rai semangat Hari Malaysia – Ahmad Zahid


PUTRAJAYA – Kembara Kenali Borneo disertai Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah baru-baru ini disifatkan sebagai suatu acara ‘luar biasa’.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan baginda berdua mencemar duli dan menyantuni rakyat di Sabah dan Sarawak juga adalah sesuatu yang amat membanggakan.

Beliau berkata, Tuanku berdua juga telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Malah, keterujaaan rakyat Sabah dan Sarawak dapat dilihat dengan jelas di di sepanjang lebih 2,000 kilometer (KM) kembara yang dilalui baginda berdua.

“Rombongan itu memperlihatkan keprihatinan baginda kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya khususnya rakyat di Sabah dan Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Kembara Merdeka Desa Madani 2023 di sini hari ini.

Justeru, katanya, seluruh rakyat Malaysia seharusnya meraikan dan bersemangat untuk menyambut Hari Malaysia esok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahmad Zahid berkata, biarpun majlis sambutan Hari Malaysia akan diadakan di Kuching, Sarawak namun, rakyat di Semenanjung khususnya di Putrajaya wajib meraikan perayaan ini dengan semangat yang sama.

Kembara Kenali Borneo selama 11 hari berakhir Rabu lalu membabitkan perjalanan sejauh 2,332 kilometer (km) lebih daripada jangkaan asal iaitu 2,154 km, merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Mamak News

0 SINGAPURA: Singapura menaik taraf jet pejuang F-16 miliknya dengan keupayaan baharu dan maju untuk meningkatkan operasi, menurut Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF). F-16 yang...

Sukan

0 TOKYO – Pelumba utama Red Bull Racing, Max Verstappen mempamerkan dominasi penuh untuk kembali berada di landasan kemenangan selepas menjuarai Grand Prix (GP)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications