Hi, what are you looking for?

Mamak News

Kena Acu Parang Dekat Leher, Budak Alami Trauma Teruk Selepas Dirogol Rakan Sekerja Ayah Dalam Rumah Sendiri


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Seorang gadis yang berasal dari Daerah Babulu Penajam Paser Utara (PPU) Kalimantan Timur didakwa telah menjadi mangsa rogol seorang rakan sekerja bapanya sendiri pada 23 Disember 2021.

Menurut portal IDN Times, mangsa yang masih berada di bangku persekolahan telah dirogol oleh suspek semasa dia sedang mendapatkan air untuk diminum di ruang dapur rumahnya.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku tanpa disangka kerana mangsa berada berseorangan di rumah pada ketika itu. Berdasarkan kronologi yang diterima, suspek telah menyelinap masuk daripada pintu belakang rumah mangsa dengan merosakkan kunci pintu rumahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa yang terkejut bertindak menjerit dengan kuat, namun disebabkan keadaan cuaca pada ketika itu sedang hujan lebat, bunyi jeritan mangsa itu tidak dapat didengari oleh jiran berdekatan.

Sungguh malang, mangsa yang pada ketika itu seorang diri tidak dapat berbuat apa-apa. Suspek juga dilaporkan mengugut mangsa dengan mengacukan sebilah parang pada bahagian lehernya. Disebabkan oleh itu, mangsa tidak dapat melakukan apa-apa tindakan.

Pada ketika itulah suspek mula melakukan perbuatan keji tersebut dengan mencium mangsa terlebih dahulu sebelum menanggalkan pakaian secara paksa dan kemudiannya merogol mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa menyedari bahawa suspek akan bertindak dengan lebih jauh, namun apabila memikirkan parang yang berada di lehernya, mangsa terpaksa berpasrah.

“Dia dicium, sebab parang masih berada di lehernya, anak saya tidak dapat berbuat apa-apa,” kata bapa mangsa.

Difahamkan, suspek sering berkunjung ke rumah mangsa untuk bertemu dengan bapa mangsa. Dari situlah suspek didakwa mengetahui mangsa sering tinggal berseorangan di rumahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas melakukan perbuatan tidak senonoh itu terhadap mangsa, suspek telah pergi meninggalkan mangsa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Manakala mangsa yang berseorangan pada ketika itu pula telah berlari ke rumah neneknya yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Mangsa telah menceritakan perkara yang terjadi ke atasnya. Keesokan paginya, keluarga mangsa telah pergi ke Balai Polis Babulu untuk melaporkan kejadian tersebut.

Tidak lama kemudian, kes itu telah diserahkan kepada Polis PPU. Kira-kira dua minggu kemudian, dilaporkan bahawa suspek telah berjaya ditangkap.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, sehari selepas mendapat berita suspek berjaya ditangkap, dia telah dibebaskan semula. Bapa mangsa menyatakan bahawa, suspek dibebaskan semua kerana bukti tidak mencukupi.

Sementara itu, hasil pemeriksaan soal siasat yang sepatutnya menjadi data jelas mengenai kes ini juga tidak diketahui oleh bapa mangsa.

“Saya hairan, bagaimana dia boleh dibebaskan semula. Tapi pada ketika ini, kita masih lagi mencari bukti yang kukuh, siasatan masih dijalankan,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara menunggu hasil siasatan dari pihak polis, keluarga mangsa turut memohon bantuan daripada Pejabat Pemerkasaan Wanita, Perlindungan Kanak-Kanak, Kawalan Penduduk dan Peracang Keluarga bagi membantu kelancaran pengendalian kes tersebut.

“Kami telah pun menerima laporan untuk tindakan lanjut, kami akan membantu dan memberikan bimbingan psikologi. Mangsa mengalami trauma yang teruk,” kata ketua agensi tersebut, PPU Nurkaidah.

Sumber: IDN Times

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Malaysia Tewas Penalti, Gagal Bawa Pulang Piala Raja Thai Pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya tunduk kepada skuad...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA – Lebih 800 badan sukan di seluruh negara telah dibatalkan pendaftarannya oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia (Pjs) sejak...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada pukul 7.16 malam tadi....

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Oyen Buat Hal Lagi, Kali Ini Menyamar Jadi Kapibara Di Zoo Negara Cuaca sejuk sejak kebelakangan ini ekoran...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications