Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Kenali Konvensyen Geneva, Undang-undang Setiap Negara Yang Berperang Kena Patuh


Tahukah anda, bahawa dalam peperangan, sebenarnya ada undang-undang yang perlu dipatuhi oleh negara-negara yang sedang berperang. Dengan kata lain, setiap tentera yang bertempur di lapangan sebenarnya terikat dengan satu set undang-undang yang sudah pun ditetapkan. Ringkasnya, askar-askar ini tidak boleh ‘main’ tembak sesuka hati, atau berdepan dengan tindakan mahkamah sebaik sahaja tamat perang.

Undang-undang yang dimaksudkan itu adalah set peraturan yang ditetapkan dalam Konvensyen Geneva yang ditandatangani pada 1949. Ia sangat penting kepada dunia hingga Pertubuhan Palang Merah Dunia (ICRC) menganggap Konvensyen Geneva sebagai pencapaian terhebat manusia dalam abad lalu.

Tujuan utama undang-undang ini adalah untuk melindungi orang awam, petugas kesihatan, ahli perubatan profesional dan anggota tentera yang tidak lagi boleh bertempur misalnya akibat kecederaan atau ditangkap dan dijadikan tahanan perang.

Dunia hari ini sedang memerhati dengan rapat perkembangan melibatkan dua buah negara berjiran, Rusia dan Ukraine yang ketika ini sedang berdepan konflik senjata antara satu sama lain. Jadi, ramai yang melihat sama ada kedua-dua belah pihak ini mematuhi undang-undang yang ditetapkan dalam Konvensyen Geneva semasa bertembung antara satu sama lain. Persoalan itu, kita ketepikan terlebih dahulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang kami nak kongsikan kali ini adalah mengenai isi kandungan Konvensyen Geneva itu sendiri. Ayuh kita teliti satu persatu.

Ringkasnya ada 4 perkara dasar Konvensyen Geneva

Konvensyen Geneva ini secara ringkasnya membincangkan tentang 4 perkara. Pertama, melindungi askar yang cedera atau sakit di medan perang (daratan). Kedua, melindungi kumpulan yang sama ketika perang (lautan). Ketiga, melibatkan tahanan perang dan keempat pula memberi perlindungan kepada orang awam, termasuk penduduk dalam wilayah lawan yang berjaya ditawan.

Selain itu, terdapat 3 protokol tambahan untuk melengkapkan 4 perkara diatas. Protokol-protokol tersebut ditambah di tahun-tahun kemudian selepas konvensyen ini ditandatangani.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dua protokol pertama bertujuan untuk memperkuatkan lagi perlindungan untuk orang awam yang menjadi mangsa perang antara negara dan juga bukan antara negara seperti perang saudara.

Manakala protokol yang ketiga adalah penubuhan jata Red Crystal, seperti Red Cross (Palang Merah) dan Red Crescent (Bulan Sabit Merah). Jata ini akan diguna pakai bagi memudahkan pengecaman dan melindungi petugas kesihatan, ahli perubatan profesional, fasiliti perubatan milik tentera atau awam serta hospital bergerak seperti kapal yang beroperasi atau berada di kawasan konflik.

Siapa yang menandatangani konvensyen ini?

Umumnya, semua negara yang menyertai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah meratifikasikan konvensyen ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

PBB berkata, banyak perkara yang terkandung dalam Konvensyen Geneva merupakan undang-undang biasa sekaligus setiap negara sebenarnya terikat dengan konvensyen ini, tidak kira sama ada sesebuah negara itu sudah atau belum meratifikasikan Konvensyen Geneva.

Jadi, kalau langgar macam mana?

Konvensyen Geneva secara jelas menyebut jika pihak-pihak yang berperang melanggar undang-undang ini, jadi pihak yang terlibat perlu bertanggungjawab untuk membaiki dan membayar ganti rugi di atas kesemua kehilangan nyawa atau kecederaan yang berpunca daripada pelanggaran itu.

Malah, individu-individu yang terlibat akan disiasat dan dibicarakan di mahkamah, sekiranya bersalah, akan dikenakan hukuman yang setimpal. Undang-undang sebuah negara, saluran diplomatik dan juga mekanisme penyelesaian pertindihan antarabangsa semua boleh dikuatkuasakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mana-mana negara boleh menyiasat dan mendakwa pihak-pihak yang melakukan jenayah perang dan mahkamah antarabangsa boleh terlibat dalam perbicaraan tersebut.

Majlis Keselamatan PBB boleh mengarahkan sesebuah negara untuk memenuhi kewajiban mereka (menyiasat sesuatu jenayah perang). Sekiranya perintah tersebut dilanggar, maka PBB berhak menubuhkan sebuah tribunal bagi menjalankan siasatan.

Jadi pada pendapat anda, adakah negara-negara yang sedang berperang ketika ini telah melanggar 4 perkara utama dan 3 protokol tambahan ditetapkan dalam Konvensyen Geneva?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Prisoners of war and detainees.

The law states they must be protected. This includes from acts of violence, intimidation, and ill-treatment.

They also must be treated with dignity, and not exposed to public curiosity – like circulating images on social media.

— ICRC (@ICRC) March 4, 2022

Advertisement. Scroll to continue reading.

Weapons.

The use of illegal weapons and the illegal use of weapons is prohibited. No ifs or buts.

The use of heavy explosive weapons in populated areas – so in cities – should be avoided.

Civilians only end up paying the price.

Advertisement. Scroll to continue reading.

— ICRC (@ICRC) March 4, 2022

Aid workers and humanitarian organizations.

We must be allowed to operate safely. Our work is to bring aid and save lives.

Sanctions and other restrictive measures must be designed to allow humanitarian action to happen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

In all situations, lifesaving aid must not be blocked.

— ICRC (@ICRC) March 4, 2022

Red cross red crescent emblems.

They’re protective emblems. In conflict, they must only be used for:

Advertisement. Scroll to continue reading.

✅ Medical staff and facilities, including army medics and vehicles.

✅ Red Cross Red Crescent workers, vehicles, facilities and the humanitarian relief they bring.

— ICRC (@ICRC) March 4, 2022

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Independent

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement