Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Kenali Lucy Lingam, Penghulu Wanita India Pertama Di Sarawak


Penghulu wanita India pertama di Sarawak, bahkan di Malaysia

Kenali Lucy Lingam, Penghulu Wanita India Pertama Di Sarawak. Sarawak cukup sinonim dengan perpaduan dan keharmonian kerana terdapat pelbagai perbezaan tidak kira kaum, bangsa dan agama.

Bangga sebagai anak jati Sarawak menetap di Kuching sejak kecil, Penghulu Lucy Lingam sudah lazim dengan kehidupan di negeri ini kerana hidup di kejiranan yang berbilang kaum dan agama.

Paliani Samba Bilaidom, atau lebih dikenali sebagai Lucy Lingam. Kredit foto: Selliyal

Nama sebenar beliau adalah Paliani Samba Bilaidom, namun beliau lebih dikenali sebagai Lucy Lingam. Seperti ibunya, beliau dilahirkan di Kuching manakala bapanya berasal dari Kerala, India.

Bergaul dengan rakan-rakan berbeza latar belakang kaum dan agama sejak di bangku sekolah, tidak sukar baginya untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Hokkien, selain bahasa Inggeris.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lucy Lingam, kebanggaan komuniti India Sarawak

Lucy adalah ‘penghulu’ wanita pertama bagi masyarakat India di Sarawak, dan satu-satunya wanita India yang memegang jawatan itu di negara ini.

Pada tahun 2019, beliau telah dilantik sebagai ‘Penghulu India’ dan telah membanggakan komunitinya sendiri.

Kenali Lucy Lingam, Penghulu Wanita India Pertama Dilantik Di Sarawak
Kenali Lucy Lingam, Penghulu Wanita India Pertama Di Sarawak. Kredit: The Star

Pelantikan tersebut adalah kerana penglibatannya dalam bidang politik bersama parti Sarawak United People’s Party (SUPP) dan menyertai parti itu pada tahun 1980-an atas jemputan ketua cawangannya.

Sebelum ini, Lucy merupakan seorang eksekutif di sebuah hotel tempatan, namun telah membuat keputusan memasuki arena politik untuk mengembangkan rangkaiannya sebagai pengurus hotel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengakui bahawa selok-belok bidang politik bukanlah kepakarannya, beliau mengambil inisiatif untuk menyumbang dan bergiat aktif bersama masyarakat setempat.

‘Kapitan Cina’ Batu Lintang

Sepanjang penglibatannya dalam arena politik, Lucy sudah menjadi ‘Kapitan Cina’ untuk kawasan Batu Lintang selama 11 tahun.

Walaupun jawatan itu secara tradisinya ditetapkan untuk pemimpin Cina, hubungan baik dan rapat Lucy dengan orang Cina membuatkan beliau disenangi dan diberikan amanah untuk memegang jawatan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lucy yang juga presiden Persatuan Wanita India Sarawak turut membuka sebuah restoran terkenal masakan asli India ‘Banana Leaf Restaurant‘ setelah meninggalkan industri perhotelan kira-kira 30 tahun lalu.

Mengutamakan kesejahteraan keluarga

Sebagai seorang ibu, sudah cukup menggembirakan apabila melihat ketiga-tiga anaknya hidup dalam keadaan baik. Sambil berbakti kepada masyarakat, beliau harus mengutamakan kesejahteraan keluarga sebelum perkara lain.

Beliau juga terpaksa menangguhkan khidmat sosialnya untuk menjaga suaminya yang terlantar sakit bertarung melawan strok.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Lucy bersama keluarganya. Kredit: The Star

Lucy Lingam sudah lali dengan kehidupan payah dan perit sewaktu berjuang gigih untuk mendapat tempat yang menguntungkan dalam perniagaan serta dalam bidang sosial dan politik.

Kisah hidupnya telah menjadi liku pelajaran dan telah memanfaatkan dirinya serta keluarga dek kerana pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari membolehkan dirinya mencapai keseimbangan antara keluarga dan perniagaan serta penglibatan sosial.

Semestinya, Lucy merupakan simbol kekuatan komuniti India di Sarawak dan juga golongan wanita amnya, kerana telah mengukir imej wanita yang rajin dalam bidang perniagaan, namun tetap menjadikan kesejahteraan keluarganya sebagai perkara paling utama dalam kehidupan.

Baca juga kisah menarik perkahwinan antara pasangan India dan Kayan yang pernah tular:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Mamak News

0 SEMARANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tular dalam media sosial kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat British. Kinara Arnintya Pratista,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications