Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Kenali Manusia Pertama Dirikan Solat Fardu Bagi Setiap Waktu


Kenali Manusia Pertama Dirikan Solat Fardu Bagi Setiap Waktu

Pensyariatan solat fardu sebanyak lima kali sehari bermula pada malam Rasulullah SAW Isra’ ke Baitu al-Maqdis dan Mikraj ke langit.

Pada asalnya, Allah SWT telah memfardhukan 50 solat sehari semalam ke atas Nabi Muhammad SAW dan seluruh umat Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, Allah SWT telah mengurangkannya kepada lima waktu dan bagi sesiapa yang menunaikannya tetap memperolehi pahala seperti 50 solat.

Secara umumnya, solat fardu merupakan sebahagian daripada dari Rukun Islam. Ia wajib didirikan sebanyak lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.

Bagi sesiapa yang tertinggal solat fardu, dia wajib menggantikan solat tersebut. Bagi mereka yang bermusafir, terdapat kemudahan bagi mereka untuk mengqasarkan dan menjamakkan solat dalam satu masa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manusia pertama dirikan solat fardu

Tahukah anda bahawa setiap waktu solat berserta rakaat yang ditunaikan memiliki makna dan peristiwa yang bersandar padanya.

e-Mualaf JAKIM, iaitu portal rasmi mualaf dibawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam satu hantaran di laman webnya berkongsi sejarah mengenai manusia pertama yang mendirikan solat bagi setiap solat fardu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jadi kali ini, kami ingin bawakan perkongsian tersebut kepada anda semua supaya kita lebih mengenali ibadah yang wajib didirikan oleh umat Islam ini.

| Kampungmamakcom Orang Pertama SolatGambar hiasan | Kredit: BernamaSubuh

Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari. Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam A.S, ketika baginda dikeluarkan dari syurga lalu diturunkan ke bumi.

Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa sangat takut. Apabila fajar subuh telah tiba, baginda pun bersembahyang sebanyak dua rakaat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor

Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu. Manusia pertama yang mengerjakan solat ini ialah Nabi Ibrahim A.S. Baginda menunaikannya selepas perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail A.S.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seruan itu tiba pada waktu gelincirnya matahari, maka sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari. Nabi Yunus A.S. merupakan manusia pertama yang mendirikan solat Asar selepas dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun.

Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai ketika waktu Asar. Nabi Yunus lalu menzahirkan kesyukurannya dengan bersembahyang sebanyak empat rakaat setelah diselamatkan oleh Allah SWT daripada empat jenis kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maghrib

Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang. Insan pertama yang menunaikan solat Maghrib ialah Nabi Isa A.S. ketika dikeluarkan dari kejahilan dan kebodohan kaumnya pada waktu matahari terbenam. Nabi Isa bersyukur dengan bersembahyang sebanyak tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan yang berupa:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Isyak

Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq. Nabi Musa A.S. adalah manusia pertama yang mendirikan Solat Isyak. Ketika itu, baginda tersesat dalam mencari jalan keluar dari negeri Madyan. Dalam pada masa yang sama, dadanya penuh dengan perasaan dukacita.

Allah SWT telah menghilangkan semua perasaan dukacitanya tersebut pada waktu Isyak dan Nabi Musa menzahirkan rasa syukurnya melalui sembahyang empat rakaat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun.

Semoga bermanfaat dan menjadi ilmu baharu untuk anda semua.

BACA: Peristiwa Isra’ Mikraj, Kisah Nabi Muhammad Terima Perintah Solat Daripada Allah S.W.T

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Portal Rasmi eMualaf JAKIM

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement