Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Kenali Pencipta Pelitup Muka N95, Doktor Plague Fighter Dari Pulau Pinang


Seorang Doktor Termuka Di China, Doktor Ini Dilahirkan Di Pulau Pinang

Kenali Pencipta Pelitup Muka N95, Doktor Plague Fighter Dari Pulau Pinang. Dr. Wu Lien-Teh merupakan seorang doktor yang dilahirkan di Pulau Pinang pada 10 Mac 1879. Ibu beliau adalah generasi kedua Malaya keturunan Hakka manakala bapa beliau merupakan pendatang baharu dari Taishan, China.

Walaupun nama beliau tidak dikenali luas dalam masyarakat Malaysia, beliau adalah pencipta topeng N95 pertama dan juga bertanggungjawab menghentikan wabak Manchuria yang mengorbankan sebanyak 60,000 nyawa.

Kenali Pencipta Pelitup Muka N95, Doktor Plague Fighter Dari Pulau Pinang
Kenali Pencipta Pelitup Muka N95, Doktor Plague Fighter Dari Pulau Pinang

Melanjutkan pendidikan di London pada umur 15 tahun

Wu Lien Teh belajar di Penang Free School dan melanjutkan pelajaran beliau di Emmanuel College, Cambridge pada 1894 setelah berjaya memenangi biasiswa Queen’s Scholarship. Ketika di universiti, beliau memenangi banyak hadiah dan biasiswa serta berjaya dalam kerjayanya.

Beliau menghabiskan tahun klinik sarjana di St. Mary’s Hospital, London dan kemudian melanjutkan pelajaran lagi di Liverpool School of Tropical Medicine, Pasteur Institute, Universiti Halle dan Institut Selangor. Beliau kembali ke Negeri Selat setelah menamatkan pengajian perubatan pada tahun 1903.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada tahun yang sama, beliau menyertai Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur sebagai pelajar penyelidikan pertama. Pada ketika itu, tiada jawatan pakar ada untuk beliau kerana sistem perubatan dua peringkat ketika penjajahan Inggeris mempunyai syarat di mana hanya warganegara Britain sahaja layak untuk memegang jawatan tertinggi pegawai perubatan atau pakar yang berkelayakan sepenuhnya. Beliau menghabiskan kerjaya perubatan awalnya untuk membuat kajian terhadap beri-beri dan cacing gelang (Ascarididae) sebelum menjalankan latihan swasta menjelang akhir tahun 1904 di Jalan Chulia, Pulau Pinang.

Dipanggil oleh Mahkamah Imperial China untuk perkhidmatan beliau

Pada tahun 1910, beliau dipanggil ke China atas pesanan Mahkamah Imperial China untuk memimpin pasukan dalam usaha menghentikan wabak pneumonia yang menimpa Manchuria (kini Timur Laut China) di Asia Timur Laut dan membunuh 60,000 nyawa. Dalam masa beberapa bulan sahaja, beliau berjaya menamatkan wabak tersebut.

Beliau dipanggil ‘Plague Fighter‘ (pejuang menamatkan wabak) atas usaha beliau yang berjaya membendung dan menghentikan wabak tersebut. Jadi, bagaimana beliau berjaya menghapuskan wabak Manchuria?

Advertisement. Scroll to continue reading.
Kenali Pencipta Pelitup Muka N95, Doktor Plague Fighter Dari Pulau Pinang
Negara China terjejas teruk akibat wabak Manchuria. | Kredit:ThinkChina

Digambarkan sebagai ‘Apokaliptik’

Wabak ini yang telah berlaku satu abad yang lalu digelar wabak Manchuria dan digambarkan sebagai “apokaliptik” oleh Christos Lynsteris, seorang pensyarah kanan di Jabatan Antropologi Sosial di University of St Andrews, sebuah universiti awam di Scotland, UK.

“Wabak Manchuria membunuh 100% dari mereka yang dijangkiti, tiada yang selamat. Ia membunuh pesakit dalam masa 24 hingga 48 jam dari gejala pertama. Kita tidak pernah menemui sesuatu seperti ini di zaman moden ini dan ia serupa dengan wabak ‘Black Death’ yang meragut berjuta nyawa.” kata Lynteris.

Disebalik teori yang memercayai wabak tercetus dari kutu, beliau memutuskan wabak tersebut disebar melalui udara ketika melakukan otopsi kepada salah seorang pesakit yang terkorban. Menurut khabar yang diterbitkan di Perpustakaan Perubatan Nasional Amerika Syarikat,

“Ini bertentangan dengan idea umum bahawa wabak hanya dapat ditularkan melalui tikus atau kutu dan tidak dapat dijangkit melalui orang ke orang. Idea beliau mengejutkan semua rakan ilmiahnya dan disambut dengan negatif serta tiada kepercayaan yang luas.”

Beliau memberi idea untuk menjalankan kuarantin dan memutuskan bangunan-bangunan menjalankan disinfeksi serta meminta mayat mangsa wabak dikremasi. Tindakan yang diputuskan oleh beliau turut membawa kesan positif. Menjelang 31 Mac 1911, hanya beberapa hari lepas kremasi bermula, tiada jangkitan wabak Manchuria dilaporkan lagi.

Kenali Pencipta Pelitup Muka N95, Doktor Plague Fighter Dari Pulau Pinang
Wabak Manchuria membunuh sebanyak 60,000 nyawa, dengan kadar kematian 100%. Kredit: Thomas H. Hahn

Mengubahsuai topeng bedah yang beliau lihat di negara Barat dan ia menjadi versi terawal topeng N95

Setelah melihat topeng bedah yang selalu digunakan oleh para doktor di negara Barat, beliau mengubahsuaikan topeng bedah untuk menjadi topeng yang lebih besar dengan lapisan kain dan kapas untuk menyaring udara melalui lapisan kainnya. Ia boleh dililit dengan selamat pada muka seseorang, namun sebilangan doktor pada ketika itu masih meragui keberkesanan topeng muka beliau, sehinggakan seorang doktor meninggal akibat wabak Manchuria setelah enggan memakai topeng tersebut.

Kenali Pencipta Pelitup Muka N95, Doktor Plague Fighter Dari Pulau Pinang
Versi terawal topeng N95 diubah suai oleh Dr. Wu. Kredit: University of Cambridge

Menurut kertas Perpustakaan Perubatan Nasional, doktor yang enggan memakai topeng buatan Dr. Wu ialah Dr. Gerald Mesny. Merupakan seorang doktor terkemuka Perancis yang datang untuk menggantikan Dr. Wu, Dr. Gerald meragui pandangan beliau dan enggan memakai topeng tersebut. Menurut Lynteris,

“Dr. Wu menjelaskan kepada Dr. Gerald mengenai teorinya bahawa wabak itu adalah pneumonic dan disebar melalui udara namun Dr. Gerald menghinakan beliau. Sebagai bukti untuk menyalahkan beliau, Dr. Gerald merawat pesakit yang terjangkit dengan wabak Manchuria tanpa memakai topeng dan meninggal dua hari kemudian akibat jangkitan.”

Dikatakan Dr. Gerald memandang rendah teori Dr. Wu sehingga berkata “Apa yang dapat kita harapkan dari seorang Chinaman?”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dicalonkan untuk menerima Anugerah Nobel

Walaupun sumbangan beliau dalam pembasmian wabak Manchuria tidak dinafikan sangat mengagumkan, beliau tidak berjaya memenangi anugerah Nobel. Beliau kemudian pindah kembali ke Tanah Malaya pada 1937 setelah membantu China sekali lagi dalam membendung wabak Cholera pada tahun 1920-1921 dan merupakan pengasas dan pengerusi pertama Persatuan Perubatan Cina (1916-1920).

Beliau mengalami masa yang sukar semasa Perang Dunia Kedua, dimana isteri dan ketiga anaknya meninggal di China. Walaupun terpaksa berlari ke negara China semasa zaman ini, beliau kembali lagi ke Tanah Air dan menyambungkan kerjaya beliau sebagai doktor di Ipoh. Beliau meninggal dunia ketika berumur 81 tahun, pada 21 Januari 1960.

Kenali Pencipta Pelitup Muka N95, Doktor Plague Fighter Dari Pulau Pinang
Kenali Pencipta Pelitup Muka N95, Doktor Plague Fighter Dari Pulau Pinang

Kenali Pencipta Pelitup Muka N95, Doktor Plague Fighter Dari Pulau Pinang

Walaupun sumbangan beliau dalam bidang perubatan tidak dikenal luas oleh masyarakat Malaysia, penyelidikan beliau masih releven sehingga kini walaupun sudah melebihi 100 tahun. In fact, ketika wabak SARS berleluasa pada 2003, kajian beliau digunakan sebagai reference dalam membendung dan kejayaan membasmi wabak tersebut.

Kajian beliau serta sumbangan versi terawal topeng N95 telah memberi penuh makna dan relevan dalam pembendungan wabak COVID-19. Beliau merupakan seorang tokoh yang harus diingati dan kita perlu berterima kasih kepada beliau kerana menyumbangkan kajian dan topeng yang sangat berguna ketika zaman sukar ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Mamak News

0 SEMARANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tular dalam media sosial kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat British. Kinara Arnintya Pratista,...

Mamak News

0 NAPLES: Seorang bekas pengedar dadah sanggup menyerahkan sebuah pulau buatan yang dimilikinya di luar pantai Dubai kepada pihak berkuasa Itali dengan harapan hukumannya...

Mamak News

0 Rapid KL Nafi Berlaku Letupan Libatkan Tren MRT KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Rapid KL menafikan berlakunya letupan atau kebakaran melibatkan sebuah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications