Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Kenali Pokok Tercantik Di Korea, Pokok Ginkgo Berumur 860 Tahun


Kenali Pokok Tercantik Di Korea, Pokok Ginkgo Berumur 860 Tahun

Setiap tahun pada penghujung musim luruh, beribu-ribu orang akan pergi Bangye-ri, iaitu sebuah kampung di Gyeonsang, Korea Selatan.

Mereka ke sana untuk melihat keindahan pokok ginkgo biloba berumur 860 tahun. Pokok Ginkgo Wonju Bangye-ri ini merupakan Monumen Kebangsaan Korea Selatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia terkenal dengan mahkotanya yang mengagumkan, meliputi perimeter kira-kira 17 meter. Dengan ketinggian kira-kira 32 meter (104 kaki), ia bukanlah pokok tertinggi di negara Asia itu.

Tetapi, keadaan dahan-dahannya terserak menjadikan pokok itu antara pokok yang paling mengagumkan dari segi visual di Bumi.

Di Korea Selatan, Pokok Ginkgo Bangye-ri ini digelar sebagai pokok tercantik di dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Popular Kerana Pandemik Covid-19

Menariknya, pokok paling cantik di Korea Selatan ini mencapai kemuncak popularitinya ketika pandemik Covid-19.

Ia merupakan sebagian daripada apa yang dipanggil oleh pakar, “Trend Perjalanan Era-Covid”. Kebanyakan keluarga akan pergi ke tarikan luar dalam kereta mereka sendiri untuk mengurangkan bersentuhan dengan orang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Disebabkan pandemik, sebilangan kecil orang ramai seperti pasangan atau keluarga membuat satu perjalanan yang mudah ke tempat-tempat luar di kawasan alam semula jadi telah menjadi sebuah trend.

“Lebih-lebih lagi di dalam kereta, di mana mereka tidak perlu berdekatan dengan orang lain,” kata Profesor Lee Hoon dari Sekolah Pelancongan Universiti Hanyang kepada Korea JoonAnd Daily.

Menurut Chae Beom-Sik, ketua kampung Bangye-ri pada tahun 2021, “Kampung ini sunyi sebelum pandemik Covid-19. Tetapi, bilangan pelawat naik tiga kali ganda tahun lepas dan meningkat empat kali ganda tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Purata bilangan pelawat adalah 4,000 orang sehari, tak kiralah pada hari minggu atau hujung minggu. Tiada restoran berdekatan dan kedai runcit yang terdekat adalah kira-kira 1.5 kilometer.

“Tetapi orang ramai datang ke sini hanya kerana kecantikan pokok ini sahaja,” katanya.

Mungkin pandemik Covid-19 sudah ditinggalkan oleh orang ramai, tetapi populariti pokok Ginkgo Bangyi-re ini kekal meningkat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kini, ketika pokok itu menggugurkan dedaun kuningnya, mencipta permaidani semula jadi berpuluh-puluh meter di sekelilingnya, beribu-ribu orang berpusu-pusu ke Bangye-ri untuk menyaksikan keajaiban itu secara langsung.

Pokok Ginkgo merupakan tarikan terkenal di luar Korea Selatan juga. Sebagai contoh, beberapa tahun lalu, terdapat pokok ginkgo yang terkenal di kuil Buddha Gu Guanyin di Pergunungan Zhongnan di Wilayah Shaanxi China.

Sumber: Oddity Central

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Cameron Highlands Mendunia, Diiktiraf Antara 51 Tempat Tercantik Di Dunia

 

The post Kenali Pokok Tercantik Di Korea, Pokok Ginkgo Berumur 860 Tahun appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Sukan

0 MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap ‘perang’ yang tercetus antara Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berterusan sepanjang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications