Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Kenali Sekolah Etania, Sekolah Untuk Kanak-kanak Tanpa Kerakyatan Di Sabah


Pendidikan Untuk Semua!

Kenali Sekolah Etania, Sekolah Untuk Kanak-kanak Tanpa Kerakyatan Di Sabah. Sekolah Etania merupakan sekumpulan sekolah yang ditubuhkan untuk kanak-kanak terpinggir di Sabah dan berfungsi untuk memberi khidmat kepada pelajar dari keluarga migran yang berpindah ke Malaysia, selalunya secara tidak sah dan mempunyai akses terhad kepada pendidikan.

Tanpa dokumentasi yang betul, malangnya kanak-kanak ini tidak mempunyai akses yang luas kepada pendidikan. Walau bagaimanapun, Sekolah Etania Sabah bertujuan mengubahnya.

Kenali Sekolah Etania, Sekolah Untuk Kanak-kanak Tanpa Kerakyatan Di Sabah
Kredit gambar designboom

Apakah tujuan sekolah ini?

Diasaskan pada 2009, Sekolah Etania Sabah berhasrat untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk kanak-kanak terpinggir, tanpa dokumentasi dan tanpa kerakyatan di Sabah. Menurut sensus, terdapat beribu kanak-kanak tanpa akses kepada pendidikan. Oleh itu, Etania bertekad untuk meyediakan akses kepada program pembelajaran yang bermanfaat dan berkaitan untuk kanak-kanak terpinggir ini.

Mengapa ini berlaku?

Sebilangan besar pendatang dari Indonesia telah memasuki Sabah sebagai pekerja tidak berdokumen dan anak mereka – yang kebanyakannya dilahirkan di Malaysia – tidak dapat didaftarkan di mana-mana negara sehingga menjadikan mereka tidak mempunyai sebarang kerakyatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Atas sebab masalah ini, anak-anak kelahiran Sabah ini bagai tidak kelihatan, tidak diketahui oleh semua dan menampilkan kanak-kanak ini hidup dalam ruang ‘bukan kewujudan’ yang tidak diiktiraf sebagai manusia.

Oleh kerana mereka tidak mempunyai dokumentasi, mereka mempunyai banyak halangan dalam proses pendaftaran sekolah, dimana kebanyakan kes adalah ia mustahil kerana mereka adalah kelahiran seorang tanpa kerakyatan dan menjadikan mereka sebagai ‘bukan orang’ dalam istilah tadbir urus. Ini bermakna beribu-ribu kanak-kanak dilahirkan di Sabah tetapi tidak dituntut atau diakui oleh mana-mana negara.

Kenali Sekolah Etania, Sekolah Untuk Kanak-kanak Tanpa Kerakyatan Di Sabah
Kredit: Kickstarter

“Mereka bentuk untuk golongan miskin tidak semestinya mereka bentuk yang kurang baik”

Ini lah yang difikir oleh arkitek, Robert Verrijt, ketika menggambarkan rekabentuk Sekolah Etania Green, salah satu sekolah Etania dari 30 yang dibuka di Sabah, dimana tahun lepas telah memenangi anugerah untuk reka bentuk yang mampan. Beliau kata,

“Terdapat pemikiran di kalangan mereka yang bekerja dengan yang terpinggirkan, bahawa orang-orang ini hanya akan gembira dengan apa yang diberikan kepada mereka – tidak ada soalan yang ditanya.”

Walau bagaimanapun, pasukan di belakang Sekolah Etania merasakan bahawa kanak-kanak memerlukan pendidikan berkualiti tanpa mengira latar belakang sosioekonomi mereka, dan reka bentuk kampus memainkan peranan penting dalam mencapai ini.

Pembinaan sekolah ini diperjayakan dengan kerjasama antara organisasi yang tidak berasakan keuntungan iaitu billionBricks, studio seni bina reka bentuk brio dan Harvard Business School.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia dibina untuk menampung sebanyak 350 kanak-kanak dan dibina atas tanah tinggi dengan gaya seperti rumah panjang untuk mengelak ancaman banjir kilat yang turut berlaku di sepanjang tebing sungai di sekitar sekolah ini.

Kenali Sekolah Etania, Sekolah Untuk Kanak-kanak Tanpa Kerakyatan Di Sabah
Sekolah ini dianugerahkan sekolah mampan baru baru ini dengan seni bina yang mesra alam Kredit gambar <a rel=nofollow noopener target= blank href=httpsstaticdesignboomcomwp contentuploads201812architecture brio billionBricks etania green school sabah malaysia designboom 03jpg>designboom<a>

“Kanak-kanak harus dilayan secara samarata”

Ini dikatakan oleh salah seorang pengasas billionBricks, Prasoon Kumar, dimana beliau berpendapat kanak-kanak terpinggir harus juga diberi peluang untuk belajar dalam satu bangunan yang berfungsi sebagai sekolah, daripada menghantar mereka untuk belajar dibawah pokok sahaja.

Memberi peluang kepada kanak-kanak terpinggir untuk belajar dan akses kepada pendidikan

Program ini dipimpin oleh seorang konsultan pendidikan dan pihak Sekolah Etania menjalankan banyak program latihan guru secara kolektif untuk guru-guru yang mempunyai dokumen dan boleh travel. Bagi mereka yang tidak dapat mengembara kerana kekurangan dokumen peribadi, mereka menerima latihan di sekolah mereka.

Oleh kerana kanak-kanak terpinggir ini tiada dokumentasi sah, mereka tidak dapat bergerak ke mana-mana tanpa risiko ditangkap oleh pihak berkuasa dan dimasukkan ke dalam penjara sebelum dipulangkan ke negara jiran. Namun, sekiranya ini berlaku, tanpa dokumen asas seperti sijil kelahiran, mereka akan ditolak oleh mana-mana negara kerana tidak diakui oleh negara tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kita perlu bersyukur kerana kita mempunyai akses kepada pendidikan namun mereka yang bergolongan terpinggir langsung tiada akses. Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk pendidikan. Dengan pendidikan, mereka akan dapat membuat perubahan untuk diri mereka sendiri. Bak kata pepatah Nelson Mandela, “education is the most powerful weapon which you can use to change the world.”

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Lifestyle

0 Lagi menu sarapan ‘lejen’ di Kuching Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan. Hari ini, kami akan...

Mamak News

0 Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali Sejak bulan Julai yang lalu, penduduk di pekan Vastogirardi, Itali mengalami masalah tayar pancit...

Mamak News

0 Dua Petani Maut Disambar Petir Ketika Berteduh Di Pond Dua orang petani maut disambar petir ketika sedang berteduh di pond berhampiran sebidang sawah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications