Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Kenali Tengku Amir Naseer Ibrahim, Putera Angkat YDP Agong Dan Raja Permaisuri Pahang


Kisah Tengku Amir, Putera Angkat Istana Pahang

Kenali Tengku Amir Naseer Ibrahim, Putera Angkat YDP Agong Dan Raja Permaisuri Pahang. Penduduk Pahang mungkin sudah mengenali putera angkat kepada Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri ini. Sebaliknya, buat rakyat dari luar negeri Pahang Inderapura ini pasti tidak menyedari kewujudan seorang lagi putera dengan sosok tampan dari negeri ini.

Sebelum dikurniakan anak kandung, sebenarnya baginda berdua mengambil seorang putera angkat iaitu Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibni Sultan Abdullah.

Kenali Tengku Amir Naseer Ibrahim, Putera Angkat YDP Agong Dan Raja Permaisuri Pahang
Kenali Tengku Amir Naseer Ibrahim, Putera Angkat YDP Agong Dan Raja Permaisuri Pahang. Kredit: Google

Tengku Amir Nasser Ibrahim diputerakan pada 25 Ogos 1986. Baginda merupakan putera bongsu daripada sepuluh anak kepada almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

Tengku Amir merupakan cucu kepada Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah Shah, Sultan Pahang yang keempat.

Pada tahun 1987, pada usia satu tahun, baginda telah diangkat oleh sepupunya, Tengku Mahkota Pahang ketika itu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menjadi putera angkatnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baginda dibesarkan bersama-sama dengan anak-anak Tengku Abdullah, iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Mahkota Pahang kini.

Kenali Tengku Amir Naseer Ibrahim, Putera Angkat YDP Agong Dan Raja Permaisuri Pahang

Tengku Amir Nasser Ibrahim telah menjalani latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom.

Tengku Amir sudahpun berkahwin dengan Yang Mulia Puteri Suraiya Afzan, anakanda kepada Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang Tengku Dato Hajah Nong Fatimah Sultan Haji Ahmad Shah pada 19 Disember 2013.

Tengku Amir Nasser Ibrahim dan permaisurinya mempunyai tiga orang putera lelaki; Tengku Adam Ibrahim Shah (dilahirkan pada 27 Disember 2015), Tengku Sulaiman Abdullah Shah (dilahirkan pada 25 Jun 2018) dan Tengku Nuh Muhammad Shah (dilahirkan pada 31 Januari 2022).

Advertisement. Scroll to continue reading.
Kenali Tengku Amir Naseer Ibrahim, Putera Angkat YDP Agong Dan Raja Permaisuri Pahang

Pada 18 Ogos 2019, sempena pertabalan ayahanda angkatnya sebagai Sultan Pahang, Tengku Amir Nasser Ibrahim dianugerahkan gelaran Tengku Panglima Raja.

Selain memegang gelaran sebagai Tengku Panglima Raja, Tengku Amir Nasser Ibrahim juga berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (MUIP).

Selain baginda, berikut merupakan senarai anakanda baginda YDP Agong dan Permaisuri Agong:

  1. Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim
  2. Yang Mulia Tengku Ahmad Iskandar Shah
  3. Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan
  4. Yang Mulia Tengku Ilisha Ameera
  5. Yang Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
  6. Yang Mulia Tengku Ilyana
  7. Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah
  8. Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah
  9. Yang Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah
  10. Yang Mulia Tengku Jihan Azizah Athiyatullah

Baca lagi artikel menarik:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JASIN – Sebanyak 9,000 kampit beras putih pek 10 kilogram (kg) akan dijual pada harga RM26 di program khas jualan terbuka di semua...

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Mamak News

0 Kebakaran Tahfiz: Pemuda Rayu Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Sabitan Bunuh PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan...

Mamak News

0 KLANG – Seorang wanita yang juga penduduk Bagan Teo Chew, Pulau Ketam di sini, dilaporkan masih hilang dalam kebakaran tiga buah rumah di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications