Hi, what are you looking for?

Mamak News

Kenapa Kita Tak Boleh Guna Telefon Dalam Kapal Terbang? Ini Sebabnya


Kenapa Kita Tak Boleh Guna Telefon Dalam Kapal Terbang?

Bagi mereka yang sering menggunakan pengangkutan udara, anda sudah tentu pernah mendengar video pengumuman keselematan pada paparan skrin berdekatan dengan tempat duduk.

Misalnya, di bawah adalah video pengumuman keselamatan bagi Malaysia Airlines (#SatuDuaTigaJom) yang mula disiarkan bermula 21 Jun 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam mana-mana video pengumuman keselamatan dalam kapal terbang, terdapat satu arahan mungkin sering buat kita tertanta-tanya, apa keperluannya, kan? Arahan tersebut adalah meminta para penumpang untuk mematikan peranti seperti telefon pintar, komputer riba dan sebagainya.

Secara ringkasnya, syarikat penerbangan meminta anda untuk berbuat demikian kerana peranti-peranti tersebut berkemungkinan akan mengganggu sistem penerbangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pentadbiran Penerbangan Antarabangsa (FAA) telah melarang sebarang penggunaan peranti yang mampu mengganggu kelengkapan komunikasi dan navigasi pesawat sehingga mencetuskan masalah pada sistem.

Tapi sekarang kita ada Airplane Mode (Mod Pesawat), masih relevan lagi ke larangan ini?

Ramai yang percaya bahawa panggilan telefon di dalam kapal terbang mampu membuatkan pesawat yang dinaiki pemanggil itu terhempas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hakikatnya, larangan ini sebenarnya lebih kepada perkaitan antara sistem panggilan telefon dengan sistem pemancar isyarat di daratan.

Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) telah mengesahkan bahawa panggilan yang dibuat ketika dalam penerbangan mempunyai kesan secara langsung terhadap perkhidmatan telefon bimbit di daratan.

Hal ini disebabkan, telefon bimbit direka untuk digunakan di atas daratan dan dihubungkan melalui satu menara komunikasi yang berada berdekatan dengan pemanggil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika anda bergerak di atas langit pada kelajuan 885.139 kilometer per jam, telefon anda akan disambungkan pada beberapa menara komunikasi di daratan.

Perkara ini akan memakan ruang yang banyak dalam litar sistem berkenaan dan seterusnya mencetuskan masalah perkhidmatan.

Oleh sebab itu, rancangan untuk memansuhkan larangan ini pada 2007 telah dibangkang ‘keras’ oleh syarikat telekomunikasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun ada Mod Pesawat, panggilan telefon masih dilarang ketika berada di dalam pesawat

Pada 2013, para penumpang akhirnya dapat menggunakan telefon pintar dan beberapa peranti elektronik lain, dalam keadaan Mod Pesawat.

Mod ini akan menghalang penumpang daripada menyambungkan peranti mereka dengan talian perkhidmatan komunikasi yang berada di daratan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penumpang boleh menggunakan perkihdmatan Wi-Fi yang disediakan dalam penerbangan. Sungguhpun begitu,  segala bentuk panggilan suara ataupun video masih dilarang atas sebab-sebab tertentu, selain dari faktor keselamatan.

Pada 2017, FCC telah mempertimbangkan bagi membenarkan para penumpang untuk membuat panggilan telefon.

Antara syaratnya, panggilan tersebut boleh dibuat apabila pesawat tersebut sudah mencapai ketinggian altitud sekurang-kurangnya 10,000 kaki.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, rancangan tersebut telah ditolak ramai pihak, termasuklah komuniti juruterbang, kru penerbangan dan lain-lain.

Sebahagian daripada mereka tidak mahu tempoh penerbangan yang biasanya memakan masa berjam-jam, hanya dipenuhi dengan panggilan telefon daripada penumpang.

Ini dapat mengelak sesetengah penumpang daripada ‘bergayut’ di telefon sehingga menganggu penumpang-penumpang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maka pengerusi FCC, Ajit Pai ketika itu memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang panggilan telefon ketika berada di dalam kapal terbang.

BACA: Lelaki Saran Guna Panel Solar Untuk Jimat Elektrik, Ini Sebabnya

Sumber: Mental Floss

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tengah-Tengah Malam Naik Notifikasi “Suspicious Person” Berdekatan Kereta, Rupanya… Seperti yang diketahui waktu malam sememangnya membuatkan bulu roma sesiapa sahaja berdiri kerana persekitaran...

Sukan

0 PETALING JAYA – Penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao dilaporkan sudah berada di Johor Bahru sekali gus menguatkan lagi spekulasi bakal bermain dalam kancah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Penyanyi Iman Troye menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa sahaja mata pelajaran bagi keputusan Sijil...

Mamak News

0 KUALA NERUS – Seorang mekanik maut setelah kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah jengkaut di Kampung Buluh Gading di sini, hari...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications