Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

‘Kenapa Saya Tinggalkan Kelantan?’ – Lelaki Ini Dedah Kenapa Dia Bawa Diri Dan Keluarga Ke Shah Alam


Baru-baru ini, tular laporan di dada-dada akhbar mengenai dakwaan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengenai penghijrahan anak muda Kelantan ke negeri yang lain sebenarnya adalah disebabkan oleh sikap dan tradisi suka merantau.

Beliau turut mendakwa terdapat peluang kerja yang mencukupi di Kelantan, namun ramai generasi muda kini lebih suka untuk memilih bekerja di ibu kota yang dirasakan lebih glamor.

BACA: Anak Kelantan Lebih Gemar Berhijrah Ke Negeri Lain Bukan Disebabkan Tiada Peluang Pekerjaan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Isu ini mendapat respon yang hangat di media sosial yang menyaksikan ramai anak kelahiran Kelantan memberikan pendapat dan hujah masing-masing.

Salah seorang darinya ialah Mohd Faisal yang membuat hantaran berikut di Facebooknya bagi menceritakan kisah hidupnya yang dilahirkan dan dibesarkan di Kelantan tetapi akhirnya memilih untuk berhijrah ke Shah Alam.

| Kampungmamakcom Kelantan Shah Alam

Kenapa Saya Tinggalkan Kelantan?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Saya tinggalkan Kelantan bukan kerana hendak glamor atau suka-suka untuk berhijrah. Saya terpaksa tinggalkan Kelantan kerana saya tidak boleh hidup dengan budaya dan persekitaran begitu. Saya mahukan satu kehidupan yang lebih baik untuk diri saya dan anak-anak saya.

Beberapa hari lepas ada kawan tag saya tentang berita ini. Sebenarnya saya malas hendak tulis perkara ini. Sebab saya malu. Selepas difikir balik, saya rasa, biarlah saya tulis kerana ianya mungkin berguna untuk orang lain. Dan perkara ini telah pun lama.

Budaya dan persekitaran apa yang saya maksudkan?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Begini ceritanya….

Saya dilahirkan di Hospital Kota Bharu pada 1974. Bapa saya orang India. Dahulu beliau tinggal di Singapura. Selepas Singapura keluar dari Malaysia, bapa saya memilih untuk kekal bersama Malaysia.

Ibu saya pula orang Kelantan. Emaknya asli Kelantan berasal dari Ketereh. Nenek saya dan nenek Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin adalah adik-beradik. Bapa kepada ibu saya pula orang Pakistan. Dahulu datuk saya dibawa oleh British ke Malaya sebagai buruh untuk membuat jalan keretapi di Tanah Merah. Sampai hari ini jalan itu masih digunakan oleh KTM. Inilah sumbangan kecil keluarga saya untuk Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sewaktu saya kecil dan waktu saya bersekolah, saya agak trauma, malu dan macam-macam rasa rendah diri saya ada. Di Kelantan budaya menggelar agak kuat. Saya sering dipanggil anak keling, anak India, DKK (darah keturunan keling) dan macam-macam lagi.

Baik di kawasan tempat tinggal atau di sekolah. Orang sering menggelar kepada saya. Ada ketika saya malas pergi sekolah. Saya dibuli teruk. Saya tiga beradik masa itu. Fazira dan Arwah Faziani pun ada juga orang menggelar kepada mereka. Tetapi disebabkan mereka perempuan, mereka mudah menangis dan orang tidak berani lebih-lebih. Saya pula melawan. Pernah saya dipukul berkumpulan kerana saya melawan orang yang menggelar kepada saya.

Bapa saya pula jenis bapa yang suka ke sekolah. Beliau suka bertanya cikgu tentang perangai saya di sekolah. Setiap kali bapa saya ke sekolah, selepas beliau pulang, seminggu saya akan mental di sekolah. Kerana orang menggelar semakin kuat kepada saya. India, keling, hitam dan macam-macam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cikgu pula pada waktu itu tidak menyebelahi kita. Seolah-olah membiarkan. Ada masa cikgu pula tukang menambah perisa. Membuatkan murid-murid lain semakin galak. Saya betul-betul rasa hina waktu itu.

Selain anak India, saya juga anak orang miskin. Seluar sekolah saya bertampal-tampal. Kasut sekolah saya buruk. Pernah sekali saya tidak mampu untuk beli kasut sekolah, ada kasut kain warna hijau orang berikan. Saya rendam Clorox bagi tanggal warna hijau. Kemudian saya kapur supaya putih. Bayang-bayang warna hijau tetap nampak sikit-sikit. Ada pula pelajar mengadu kepada cikgu. Saya kena tindakan disiplin. Cikgu tidak tanya apa masalah kita.

Itu bab cikgu. Ibu bapa kepada budak-budak yang menggelar itu pun sama juga dengan anak mereka. Panggil kita India, keling. Mereka bukan melarang anak mereka, malah seolah-olah menggalakkan lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain saya, di sekolah itu (Sekolah Menengah Kota Bharu) ada seorang lagi pelajar perempuan berbangsa India. Nama dia, Punitha. Dia anak pekerja estet di Kuala Krai. Tetapi tinggal bersama abangnya di Kota Bharu. Kami berdua menjadi mangsa buli.

Sampai ada satu ketika saya pernah bertanya ibu, kenapa bapa saya orang India?

Satu hari ada seorang pelajar baru dari KL masuk ke sekolah kami. Nama dia Fazilawati (ingat-ingat lupa). Beliau anak orang besar Bomba Kelantan. Bapanya baru ditukar ke Kelantan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau melihat saya dan Punitha sering dibuli. Beliau mempertahankan saya dan Punitha. Beliau sangat baik dan memberi kata-kata semangat. Kami berkawan baik. Saya dibawa ke rumahnya di kuarters bomba berhampiran Stesen Bas Kota Bharu. Walaupun bapanya orang besar dan saya anak India yang miskin lagi hina, tapi ibu bapanya melayan saya dengan baik dan berbudi bahasa.

Timbul dalam fikiran saya, kenapa orang luar lebih baik dari orang Kelantan?

Jika sesiapa kenal Fazilawati, anak bomba yang bersekolah di Kota Bharu dalam tahun 1987 hingga 1991, mohon sampaikan kepada beliau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Diringkaskan cerita, saya tidak boleh hidup di Kelantan. Saya tidak mahu terus dihina dan dibuli. Sudahlah anak keling, miskin pula tu….

Habis sekolah saya hendak berhijrah ke Lembah Klang. Bapa saya tidak benarkan. Beliau bimbang. Puas saya merayu tetapi tetap dengan keputusannya. Kemudian saya bernikah pada 1996. Selepas beberapa bulan nikah saya dibenarkan berhijrah.

Selepas itu saya bertekad, penghijrahan aku adalah satu penghijrahan yang kekal. Saya tidak akan balik lagi tinggal di Kelantan. Malah saya sangat jarang pulang ke Kelantan. Ada keluarga pening melihat saya. Cuma sejak akhir-akhir ini saya kerap berada di Kelantan kerana urusan kerja dan keadaan kesihatan ibu saya yang kurang baik selepas adik saya meninggal dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ada keluarga meminta saya membina rumah di Kelantan. Saya kata tidak. Saya kekal di Shah Alam. Saya telah rancang perkara ini 20 tahun lepas. Saya mahu merancang masa depan yang lebih baik untuk anak-anak.

Mereka semua dilahirkan di Hospital Klang, sekolah di  Shah Alam. Membesar di sini. Saya mahu anak-anak saya berkawan dan bergaul dengan semua orang tidak kira Melayu, India, Cina, Kadazan, Dusun dan lain-lain. Dan hendaklah menghormati mereka semua.

Saya mahu anak-anak hidup dalam persekitaran yang lebih sihat dan baik. Cukuplah…fobia saya di zaman dulu terbawa-bawa sampai ke hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dan ternyata tindakan saya tepat. Tindakan saya untuk keluar dari Kelantan, dan kekal di Shah Alam ianya memberi kehidupan yang lebih berkualiti kepada saya dan anak-anak saya.

Keadaaan di Kelantan sekarang semakin berubah. Budaya-budaya yang dulu semakin ditinggalkan. Tetapi masih ada. Sekarang ramai orang yang berilmu. Sistem pendidikan juga semakin baik.

Zaman dulu kurang guru, kurang ustaz, sistem penerangan dan kempen-kempen pun kurang baik kerana media terbatas. Cuma fobia yang saya alami dulu telah tertanam dalam diri dan sukar untuk dihakis. Membuatkan saya merasa perit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sampai hari ini saya masih boleh nampak dalam fikiran dengan jelas wajah-wajah orang yang suka menggelar dan membuli saya dulu. Ada yang saya terjumpa, tapi setakat begitu-begitu sajalah bercakap. Sukar untuk lupa. Sebab itulah timbul pepatah, boleh maaf tapi tidak boleh lupa.

Dari sudut positif pula, sebenarnya apa yang terjadi kepada saya ini membuatkan saya kuat, bersemangat dan membuatkan saya tercabar untuk jadi lebih baik. Boleh pujuk hati untuk berkata begitu, tapi hakikatnya, tetap tidak boleh lupa juga.

Saya menulis ini berdasarkan pengalaman peribadi apa yang saya alami dan kenapa saya berhijrah bagi menjawab laporan berita di bawah. Setiap orang berbeza pengalaman dan pendapat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika ada tersilap kata, tersalah sebut, mohon maafkan saya.

Sumber: Facebook Mohd Faisal

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Khabar duka buat kem badminton negara apabila dua jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disahkan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Sukan

3s SHAH ALAM – Skuad badminton lelaki negara meneruskan rentak cemerlang pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 apabila mudah membenam Kazakhstan 5-0 dalam...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon Azri Iskandar menangkis dakwaan segelintir individu yang menuduhnya sebagai kaki kikis apabila dikatakan suka mengambil kesempatan terhadap wanita. Kata...

Advertisement