Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Kento Momota galas misi besar di BATC


SHAH ALAM – Biarpun Jepun tidak menyenaraikan pemain ranking No. 6  dunia, Kodai Naraoka tetapi skuad tersebut tetap menghantar pemain ternama apabila mempertaruhkan bekas pemain No. 1 dunia, Kento Momota untuk mengetuai skuad tersebut menjelang Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 yang dijadual membuka tirai pada Selasa ini.

Pengarah Kejurulatihan Jepun, Park Joo-bong menjelaskan bahawa Momota mempunyai misi penting di Malaysia kerana kejohanan di BATC itu turut membantu memperbaiki ranking memandangkan pemain berusia 29 tahun itu berada di ranking ke-40 dunia.

Tegas Joo-bong, dia yakin bahawa Momota akan memberikan terbaik selepas pemain Jepun itu  menunjukkan peningkatan selepas memenangi Korea Masters dengan menewaskan rakan senegaranya,
Koki Watanabe pada November tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Momota berada dalam pasukan ini kerana Kodai (Naraoka) mengalami kecederaan pada saat akhir, lagi pun peluang untuk Momota layak ke Olimpik agak tipis, jadi dia (Momota) akan fokus kepada acara berpasukan.

“Kita juga meletakkan perancangan agar Momota berada dalam pasukan Piala Thomas nanti. BATC juga adalah sebagai persiapan untuk Piala Thomas nanti. Selain itu, kejohanan ini dapat membantu menaikkan rankingnya.

“Momota juga berada dalam senarai simpanan untuk Terbuka Perancis, namun agak sukar, jadi dia hanya boleh beraksi dalam kejohanan berstatus Super 300 ke bawah sahaja,” katanya ketika ditemui media selepas pasukan menguji gelanggang di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai sasaran di BATC, Joo-bong menegaskan bahawa pasukannya itu meletakkan sasaran awal untuk melepasi separuh akhir terlebih dahulu pada edisi kali ini.

“Kejohanan ini sebenarnya persiapan Piala Thomas dan Uber. Pasukan kali ini bukan yang terbaik. Kodai Naraoka dan Yugo Kobayashi tidak berada di sini (pasukan lelaki). Untuk wanita pula, Akane Yamaguchi dan Mayu Matsumoto juga tidak berada di sini,” katanya. -KOSMO! Online


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement