Hi, what are you looking for?

Mamak News

Kenyataan Azam Baki bercanggah dengan undang-undang


PETALING JAYA: Imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dianggap terjejas susulan kontroversi yang mengaitkan pemilikan saham oleh Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Menerusi satu kenyataan, Exco Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) Perak, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, jawapan Azam yang mendakwa adiknya menggunakan akaun sahamnya itu tidak boleh diterima pakai mengikut undang-undang Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

“Isu saham yang terpalit terhadap Azam terbukti mencemarkan institusi yang seharusnya mengadili jenayah rasuah. Malah kenyataan ‘puas hati’ oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang bertindak menyiasat kes SPRM seolah kisah Pak Pandir bagi menjaga imej SPRM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bagaimana mungkin isu rasuah yang berat melibatkan kepala SPRM diselesaikan oleh badan di bawah SPRM itu sendiri?

“Di bawah Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), setiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik manfaat sekuriti yang di deposit atau atas penama yang diberi kuasa atau dibenarkan,” jelasnya menerusi kenyataan tersebut.

Tambah Muhammad Kamil yang juga pengamal undang-undang, Seksyen 29A SICDA itu turut menetapkan semua urus niaga sekuriti itu hanya boleh dilakukan oleh pemilik manfaat sekuriti atau penama yang sah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Azam harus bersedia meletakkan jawatan secara terhormat demi menjaga nama baik SPRM yang merupakan sebuah badan yang membudayakan integriti dan memerangi jenayah rasuah.

“Perbicaraan kes melibatkan jumlah saham yang melampau ini harus diadili dengan telus tanpa campur tangan pihak lain lebih-lebih lagi yang terkait SPRM itu sendiri,” katanya.

Terdahulu, Azam memberitahu LPPR bahawa akaun trading miliknya digunakan oleh adiknya untuk memperoleh saham dalam dua syarikat pada 2015.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan laporan tahunan Excel Force Bhd 2015, Azam memiliki 2,156,000 waran dalam syarikat itu setakat 21 Mac 2016. Ketika itu, Azam adalah pengarah bahagian siasatan SPRM.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal. ‘Panda Walker‘ Sebak Dapat Basikal Sebagai Hadiah Seorang Panda Walker...

Lifestyle

0 Bukan air terjun tapi air hujan Dah Macam Air Terjun Changi Airport, Bumbung Bocor Di Airport Kuching Jadi Perhatian Netizen. Air Terjun Changi...

Mamak News

0 NEW YORK, 31 Jan (Bernama) — Dunia sukan berdukacita dengan pemergian juara ski Amerika Syarikat (AS), Kyle Smaine yang terbunuh dalam insiden runtuhan...

Mamak News

78s Jadi Tuan Rumah, Arab Saudi Dilapor Bina Resort Ski Di Padang Pasir Arab Saudi dilapor akan membina sebuah pusat sukan musim sejuk terkemuka...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications