Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Keputusan Bawa Pulang Sirul Azhar Akan Dibincang – KPN


bawa pulang sirul azhar

KEPUTUSAN BAWA PULANG SIRUL AZHAR AKAN DIBINCANG – KPN

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Polis Diraja Malaysia akan berbincang dengan pihak yang berkaitan termasuk Peguam Negara dan mahkamah di negara ini, bagi membuat keputusan dalam membawa pulang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama turut mengesahkan Sirul Azhar dibebaskan dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, Australia, semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kita akan bincang perkara ini dengan pihak yang berkaitan, kerana dia sudah dijatuhkan hukuman.

“Permohonan untuk bawa pulang perlu ditanyakan kepada pejabat Peguam Negara, kerana ini melibatkan kerajaan Malaysia dan Australia,” katanya dan menambah tiada halangan untuk pihaknya bertemu dengan Sirul Azhar yang kini sudah bebas di Australia.

“Kita ada pegawai di sana dan boleh jumpa Sirul Azhar sebenarnya, kerana dia sudah bebas,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Media hari ini melaporkan, Sirul Azhar yang disabitkan kesalahan membunuh Altantuya pada 2006, dibebaskan selepas sembilan tahun berada dalam tahanan pihak Imigresen negara itu, sejak 2015.

Pembebasan Sirul Azhar susulan keputusan Mahkamah Tinggi negara itu pada 8 Nov, yang memutuskan bahawa tahanan bukan warga negara yang tidak dapat dihantar pulang, tidak boleh lagi ditahan selama-lamanya oleh pihak imigresen.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 menjatuhkan hukuman mati terhadap Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri, selepas mendapati mereka bersalah atas pertuduhan membunuh Altantuya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dan membebaskan mereka daripada pertuduhan berkenaan.

Bagaimanapun, pada 13 Jan 2015, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul Azhar dan Azilah dan mengekalkan hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi terhadap mereka.

Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana berada di Australia. Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia kemudiannya ditahan pegawai imigresen Australia selepas Interpol mengeluarkan notis merah dan ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney.

Sumber: BERNAMA

The post Keputusan Bawa Pulang Sirul Azhar Akan Dibincang – KPN appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications