Hi, what are you looking for?

Mamak News

Keputusan Pemilihan UMNO Dijangka Malam Ini


Keputusan Pemilihan UMNO Dijangka Malam Ini – Ahmad Maslan

PONTIAN, 18 Mac (Bernama) — Keputusan pemilihan UMNO bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) dijangka akan diketahui pada malam ini, kata Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Kita jangka mendapat keputusan pada sebelah malam. (Paling lewat) harapnya dapat gambaran menjelang tengah malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jangkaannya begitu, kecuali bahagian itu kecil (dengan) perwakilannya tidak ramai, mungkin boleh mendapat keputusan pada sebelah petang. Kalau macam di Pontian ini, perwakilan ramai iaitu seramai 690 orang, jadi ia ambil masa untuk diselesaikan,” katanya.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas proses pemilihan UMNO Bahagian Pontian di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahmad yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian berkata pemilihan hari ini, melibatkan sebanyak 189 bahagian daripada keseluruhan 191 bahagian di seluruh negara.

“Hanya dua UMNO bahagian yang tidak menjalankan pemilihan berikutan digantung akibat masalah tertentu iaitu Tanah Merah, Kelantan dan Kota Kinabalu, Sabah,” katanya.

Pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Feb dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Puteri Cawangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia diikuti Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat, diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac lepas.

Pemilihan UMNO berakhir hari ini dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian, bersama pemilihan Ahli MT.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Hannah Yeoh Jumpa Zii Jia Minggu Depan KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan...

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications