Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Kerajaan Import Bekalan Telur Dari Sumber Luar, Tampung Keperluan Dalam Negara


PUTRAJAYA, 6 Dis (Bernama) — Kerajaan bersetuju mengimport bekalan telur ayam dari beberapa sumber luar sebagai pelan jangka pendek untuk menampung keperluan bekalan dalam negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu dalam kenyataan hari ini berkata kementerian telah mengenal pasti beberapa sumber dari luar untuk menampung keperluan bekalan dalam negara dengan kadar segera bagi memastikan keterjaminan telur ayam di pasaran.

“Kementerian juga akan memastikan telur ayam yang diterima selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan. Segala protokol dan tatacara ditetapkan kerajaan perlu dipatuhi tanpa kompromi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kementerian menyedari keperluan bekalan telur ayam merupakan makanan seharian berprotein yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia dengan kadar penggunaan purata telur ayam sebanyak 968 juta biji sebulan,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa langkah akan dilaksanakan bagi mengurangkan kos sara hidup termasuk mengurangkan harga telur ayam.

Mohamad berkata inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar bukanlah bertujuan menekan pengusaha industri telur ayam tempatan sebaliknya bagi memastikan bekalan dalam negara tidak terputus selain kebajikan rakyat terus terjaga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata keperluan membawa masuk telur ayam dari sumber luar juga akan dikaji semula setelah bekalan kembali stabil selain meminta Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Haslina Abdul Hamid untuk melihat impak mengimport telur ayam dari sumber luar kepada industri telur ayam tempatan sedia ada.

Selain itu, Mohamad berkata Agrobank juga diminta untuk mengemukakan cadangan bagi membantu pembekal dan pengusaha kecil supaya mereka kekal berdaya saing dalam industri.

“Kementerian sentiasa berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan telur ayam negara kembali stabil dengan harga yang kompetitif. Kementerian yakin isu kekurangan bekalan telur ayam dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan kerjasama pelbagai pihak,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Sukan

3s PETALING JAYA – Pengendali import dari Sepanyol, Juan Torres Garrido diberi tugas tambahan untuk ‘menjaga’ skuad bawah 20 (B-20) kebangsaan selain daripada tanggungjawab...

Sukan

0 KUALA LUMPUR – Pemain golf remaja negara, Putri Natasha Ameera Roslee mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya memenangi aksi kategori ‘Ladies Champion’ pada Kejohanan...

Sukan

3s JURULATIH yang berada di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kadar skim gaji dan imbuhan baharu selepas...

Advertisement