Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Tempatan

Kerajaan kaji masalah bekalan air jadi masin, payau di Kelantan 


PASIR PUTEH: Kajian mengenai kawalan kemasukan air masin melalui pintu kawalan air pasang surut (TCG) di Gong Kulim, di sini yang rosak dijangka siap dalam tempoh tiga bulan.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kajian itu dilihat mampu menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Kelantan sekali gus dapat mengelakkan masalah bekalan air menjadi masin dan payau.

Menurutnya, selain itu, kajian tersebut dijalankan untuk menentukan sama ada loji rawatan air dapat dibina di kawasan itu atau sebaliknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Masalah utama yang dihadapi ketika ini adalah kemasukan air masin terutama ketika air pasang besar ke dalam TCG sekali gus menyebabkan sumber air menjadi payau.

“Satu kajian telah dijalankan kementerian untuk meneliti kaedah untuk mengawal air masin yang masuk ke dalam takungan. Sekiranya sesuai dan berfungsi dengan baik, lokasi berdekatan boleh jadikannya tapak Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS),” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau kerosakan pintu TCG di Kampung Gong Kulim hari ini. 

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail dan Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak, Rohani Jusoh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim memberitahu, TCG di bawah IADA Kemasin Semerak itu adalah antara kawasan yang mempunyai takungan air sangat besar yang boleh dimanfaatkan untuk keperluan rakyat dan industri.

Ujarnya, sekiranya TAPS dapat dilaksanakan, pembinaan loji rawatan air yang mampu membekalkan sebanyak 30 juta liter padu sehari dapat dibina untuk pengguna di Pasir Puteh, Bachok, Pelabuhan Tok Bali dan sekitarnya yang kini menggunakan bekalan air bersih dari Terengganu.

Menurutnya, kementerian sedia bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dalam memastikan permohonan IADA untuk menaik taraf TGC di Gong Kulim, Kampung Lembah dan di Kemasin, Bachok mendapat kelulusan kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, pembangunan pengairan penting untuk industri makanan menerusi pelbagai aktiviti pertanian termasuk tanaman padi selain mengawal banjir setiap tahun.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement