Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Kerajaan Komited Asingkan Kuasa Peguam Negara Dan Pendakwa Raya


Kerajaan Komited Asingkan Kuasa Peguam Negara Dan Pendakwa Raya

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Kerajaan komited dalam usaha pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi memastikan integriti institusi perundangan terpelihara, kata  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau sekali gus membidas pihak pembangkang yang tidak melaksanakan perkara itu ketika gabungan berkenaan menjadi kerajaan, namun kini sering membangkitkan isu pendakwaan terpilih.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kenapa semasa yang di sana jadi kerajaan tidak pisahkan (Pengasingan kuasa) Peguam Negara? Bila Yang Berhormat di sana kena, kata ‘oh pendakwaan terpilih’, bila sini yang kena – kata padan muka.

“Kerajaan MADANI komited kepada tata kelola lebih adil. Kami walk the talk. Mereka (pembangkang), they don’t walk, they don’t talk,” kata Azalina ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab celahan Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran) dan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang membangkitkan isu pendakwaan terpilih dalam kes-kes mahkamah yang kononnya hanya dikenakan terhadap pembangkang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Zahid Serah Kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Ambil Langkah Pencerahan Isu DNAA

Azalina berkata di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara mempunyai kuasa mengikut budi bicara untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding.

“Setiap Peguam Negara ada kuasa dakwa dan lepaskan, dan bila hakim membebaskan, tak semestinya tak boleh didakwa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pelbagai Peguam Negara terdahulu termasuk Tan Sri Tommy Thomas pun banyak kes telah dilepaskan. Sebab itu kerajaan komited pisahkan (fungsi) Peguam Negara dan pendakwa raya,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga akan melaksanakan satu kajian emprikal sebelum memuktamadkan cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Selain itu, dalam penggulungannya Azalina berkata kerajaan dalam proses akhir untuk mendapatkan keputusan dasar berhubung cadangan pindaan yang telah diperolehi sebelum rang undang-undang mengenai pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) digubal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya kerajaan juga berhasrat dan menyasarkan untuk memuktamadkan serta membentangkan pindaan dan penambahbaikan Akta 711 selewat-lewatnya November ini.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications