Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Kerajaan pertimbang beberapa cadangan pindaan Akta Insolvensi


PUTRAJAYA – Jabatan Insolvensi Malaysia sedang merangka beberapa cadangan pindaan terhadap Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) bagi menambah baik sistem pentadbiran kebankrapan termasuk cadangan pindaan terhadap kes kebankrapan terdahulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, antara cadangan pindaan yang sedang dipertimbangkan kerajaan adalah penetapan had masa pemfailan Borang Bukti Hutang oleh Pemiutang bagi mengelakkan isu kelewatan pemfailan yang boleh menyukarkan pelepasan individu bankrap.

“Penambahbaikan juga akan dibuat kepada peruntukan pelepasan automatik di bawah seksyen 33C Akta 360 agar individu yang bankrap boleh dilepaskan daripada kebankrapan dalam tempoh yang lebih singkat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kerajaan juga akan melihat kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi jarak jauh dalam urusan pentadbiran kes kebankrapan bagi memudahkan urusan pelanggan, pemegang taruh dan jabatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, penambahbaikan juga akan dibuat kepada seksyen 42 dan Jadual C Akta 360 dengan memansuhkan kewajipan untuk mengadakan mesyuarat pertama pemiutang agar pentadbiran kebankrapan boleh diteruskan dengan segera.

“Kerajaan juga akan mempertimbangkan untuk menambah kategori kes yang boleh dilepaskan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) tanpa bantahan oleh pemiutang seperti golongan bankrup berusia 70 tahun ke atas dan individu bankrap tidak berkeupayaan kerana disahkan sebagai pesakit mental.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Penyelarasan juga akan dibuat terhadap nilai harta bankrap termasuk peralatan kerja yang boleh dikecualikan untuk dibahagikan kepada pemiutang di bawah seksyen 48(1)(a)(ii) Akta 360 dengan keadaan ekonomi dan kos sara hidup semasa,” ujar beliau.

Tambah Azalina, kerajaan juga akan menyelaras nilai ambang bagi pentadbiran kes kebankrapan kecil di bawah seksyen 106 Akta 360 dan had gaji di bawah seksyen 107 Akta 360 dengan keadaan ekonomi dan dasar gaji minimum.

“Kerajaan sentiasa mengalukan sebarang maklum balas dan cadangan yang konstruktif daripada semua pihak mengenai isu kebankrapan, oleh itu, sesi libat urus bersama pemegang taruh untuk membincangkan hal berkaitan cadangan pindaan yang sedang dipertimbangkan akan diadakan pada 7 Februari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Cadangan pindaan kepada Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] ini seterusnya dijangka akan dibentang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat selepas mengambil kira input sesi libat urus,” katanya.

Azalina berkata, tahun lalu, secara purata sebanyak 16 kes kebankrapan didaftar setiap hari namun jumlah kes kebankrapan yang dilepaskan melalui Sijil Pelepasan KPI bagi tempoh yang sama secara purata adalah sebanyak 27 kes bagi setiap hari.

Jelas Azalina, kerajaan mengambil maklum cabaran yang dihadapi oleh golongan yang bankrap serta stigma kebankrapan dalam masyarakat namun Kerajaan Perpaduan akan meneruskan usaha meningkatkan keberkesanan pentadbiran kebankrapan seiring dengan visi Malaysia Madani untuk membangunkan tanah air yang lebih mampan dan makmur serta berteraskan keterangkuman dan kesaksamaan. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement