Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Lifestyle

Kerajaan Sarawak Umum Bonus 2 Bulan Gaji Pokok Untuk Penjawat Awam Negeri


Berita baik buat semua kaki tangan penjawat awam negeri Sarawak

Kerajaan Sarawak Umum Bonus 2 Bulan Gaji Pokok Untuk Penjawat Awam Negeri. Kerajaan Sarawak hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan khas kewangan itu diberikan semua anggota Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak sebanyak dua bulan gaji pokok mereka.

Kerajaan Sarawak Umum Bonus 2 Bulan Gaji Pokok Untuk Penjawat Awam Negeri.

Beliau berkata, pembayaran Bantuan Khas Kewangan itu akan dibuat sebelum penghujung tahun 2023 kepada kira-kira 28,000 anggota Perkhidmatan Awam Sarawak melibatkan anggaran perbelanjaan dan implikasi kewangan sebanyak RM172 juta.

“Kita kerajaan juga tidak melupakan anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang telah bersama-sama berganding bahu dan menyumbang kepada usaha pembangunan sosioekonomi Sarawak sepanjang tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Oleh itu, saya mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sejumlah RM600 juga diberikan kepada semua anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak sepanjang tahun 2023 ini,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, di Sarawak ketika ini terdapat lebih kurang 130,000 anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan, termasuk badan beruniform, anggota keselamatan dan badan berkanun persekutuan yang tertentu.

Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam persekutuan di negeri ini katanya, dijangka melibatkan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM78 juta dan akan dibayar pada awal tahun hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat menghargai sumbangan penjawat awam Sarawak, khasnya dalam melaksanakan mandat dan menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah demi kesejahteraan rakyat.

“Sarawak telah mencapai banyak kejayaan sepanjang tahun ini atas usaha dan komitmen semua pihak.

“Sebagai rakyat Sarawak, kita perlu terus memupuk semangat perpaduan, toleransi, berganding bahu dan berusaha dengan tekun untuk merealisasikan impian menjadi sebuah kuasa ekonomi yang cemerlang menjelang tahun 2030.

“Hanya dengan usaha bersama dan perpaduan dalam kalangan kita dapat menumpukan perhatian kepada pembangunan demi menjamin kesejahteraan masyarakat dan melindungi masa depan generasi yang akan datang,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Abang Johari menambah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikitraf sumbangan kerajaan GPS dalam membentuk politik Malaysia yang stabil.

GPS katanya, telah menyumbang kepada dua pertiga majoriti kerusi Parlimen dalam Kerajaan Perpaduan dan ini mengukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan ke arah mewujudkan Malaysia yang stabil, maju dan makmur.

Ini juga katanya, memberi keyakinan kepada para pelabur untuk terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru, beliau menyeru semua ahli komponen parti GPS untuk sama-sama mendukung kesepakatan dan kemuafakatan tanpa mengira kepentingan parti dan individu.

“Marilah kita mengetepikan kepentingan peribadi dan kepartian serta memupuk semangat perpaduan dan kerjasama sebagai satu pasukan agar kita terus kuat dan gagah sebagai sebuah parti gabungan yang unggul di Malaysia.

“Pada masa yang sama, ini akan membolehkan kita menumpukan usaha untuk memajukan Sarawak dan mensejahterakan rakyat,” tambahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca lagi artikel penuh:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Azhar Sulaiman meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang sudah lama tidak pulang ke tanah...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Sentiasa teng perkongsian tentang umrah.” Itu antara tip yang dikongsi pelakon Aprena Manrose agar doa dan impian setiap umat Islam...

Sukan

3s JURULATIH yang berada di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kadar skim gaji dan imbuhan baharu selepas...

Sukan

3s LONDON – Pelumba Sepanyol, Carlos Sainz memberi bayangan bahawa dia sudah memiliki tawaran untuk menyertai pasukan baharu selepas tempatnya bersama pasukan Scuderia Ferrari...

Advertisement