Hi, what are you looking for?

Covid-19

Kerajaan tetapkan harga maksimum dua jenama vaksin Covid-19


PUTRAJAYA – Berkuat kuasa Sabtu ini, harga runcit maksimum per dos bagi vaksin jenama CoronaVac keluaran Sinovac yang ditetapkan adalah RM77 manakala, jenama Covilo keluaran Sinopharm pula RM61.

Bagi harga borong per dos untuk kedua-dua vaksin Covid-19 tersebut, maksimum ditetapkan bagi jenama CoronaVac keluaran Sinovac ialah RM62 dan jenama Covilo keluaran Sinopharm pula RM49.

Menurut kenyataan bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, buat masa ini Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan proses penentuan harga borong maksimum dan harga runcit maksimum bagi dua produk vaksin Covid-19 sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Penentuan harga vaksin Covid-19 hanya melibatkan vaksin yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM. Harga borong maksimum dan harga runcit maksimum bagi kedua-dua vaksin ini akan berkuat kuasa pada 15 Januari di bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011.

“Harga runcit maksimum yang ditetapkan tidak termasuk caj perkhidmatan dan caj barangan pakai buang yang digunakan ketika suntikan vaksin Covid-19. Penentuan harga maksimum ini secara asasnya dibuat berdasarkan harga pengimportan dan harga pasaran semasa,” menurut kenyataan tersebut di sini hari ini.

Dalam pada itu, Khairy dan Alexander berkata, senarai dan harga vaksin Covid-19 akan dikaji secara berterusan dan akan ditambah baik atau digugurkan berdasarkan penilaian situasi pasaran dan keperluan semasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, setiap fasiliti kesihatan swasta yang mendapat kelulusan kerajaan untuk menawarkan private-purchase vaccination diwajibkan mempamerkan harga jualan vaksin Covid-19 untuk rujukan orang ramai dalam meningkatkan ketelusan maklumat harga vaksin.

Mengulas lanjut, kedua-duanya menegaskan, mana-mana individu atau syarikat yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan tindakan penalti.

“Bagi kesalahan menjual melebihi harga maksimum, individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000,” tegas mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Khairy dan Alxander berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan KKM bekerjasama melaksanakan penentuan harga maksimum vaksin.

Katanya, ia untuk mengelakkan vaksin dijual dengan harga terlalu tinggi, manakala penguatkuasaan perintah ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM. – K! ONLINE

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 WASHINGTON: White House dan parti Republikan secara dasar bersetuju untuk menaikkan paras siling hutang Amerika Syarikat (AS) bagi mengelakkan kegagalan pembayaran selepas rundingan...

Sukan

0 MONACO – Juara dunia, Max Verstappen mengakui gusar de­ngan ancaman yang bakal diberikan oleh Ferrari menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Monaco malam ini....

Mamak News

0 Ibu Bapa Kena Tahu, Ini Cara Berkesan Cuci Slime Yang Lekat Pada Pakaian Anak Dulu mungkin kita sudah terbiasa melihat kanak-kanak bermain tanah...

Mamak News

0 AMPANG JAYA – Helah penagih dadah yang menyamar sebagai polis mengundang padah apabila ditahan pegawai keselamatan di sebuah apartmen di Ukay Perdana, di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications