Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Kerajaan Tidak Campur Tangan Siasatan SPRM Terhadap Bersatu


PUTRAJAYA, 2 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinannya tidak mencampuri urusan badan siasatan dan penguatkuasaan termasuk dalam siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Bersatu.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini hari ini, beliau menegaskan bahawa badan siasatan dan penguatkuasaan serta kehakiman kekal bebas untuk menjalankan siasatan masing-masing.

Anwar berkata adalah tidak bertanggungjawab bagi parti pembangkang untuk membuat tuduhan terhadap Kerajaan Perpaduan berhubung isu tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kita tidak ulangi sikap menekan seperti dilakukan dan kita tidak gunakan badan-badan (siasatan dan penguatkuasaan) ini,” katanya.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin semalam dilaporkan berkata parti itu melahirkan rasa kesal terhadap tindak-tanduk kerajaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang menjadikan agensi di bawah pemerintahannya sebagai alat untuk mencapai matlamat politik mereka.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan mengesahkan SPRM telah membekukan akaun milik Bersatu bagi tujuan membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Selepas mengunci mulut berhubung kisah pernikahan senyap-senyap anaknya, Marissa Dania Hakim di Songkla, Thailand, pelakon Abby Abadi tampil menafikan kenyataan...

Sukan

3s ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor hari ini secara sinis meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil...

Sukan

3s PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tidak bimbang dengan prestasi jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang biarpun keadaan kesihatan bekas...

Hiburan

3s SHAH ALAM – Selepas berpisah dengan anak angkatnya lebih tiga minggu, aktivis kemanusiaan Mizz Nina mendakwa kanak-kanak lelaki itu mengalami trauma. Kata Nina,...

Advertisement