Hi, what are you looking for?

Mamak News

Kerajaan Usaha Baiki Sistem Komunikasi, Wujudkan Sistem Amaran Awal Bencana


KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) — Kerajaan akan mewujudkan pasukan tindakan khas (task force) bagi menggubal sistem komunikasi dan mewujudkan sistem amaran awal bencana yang lebih pantas dan berkesan kepada rakyat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu akan dibincangkan secara terperinci oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bersama agensi terlibat, termasuk Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Jemaah Menteri berpandangan bahawa sistem komunikasi dan penyampaian maklumat akhir kepada rakyat perlu diperbaiki.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebab itu kita akan baiki sistem termasuk mengguna pakai konsep sistem pesanan ringkas (SMS) ‘blasting’ supaya di kawasan terkesan dapat kita sampaikan amaran awal secara tepat dan cepat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 KKMM di Angkasapuri hari ini.

Terdahulu dalam amanatnya, Annuar mengaku terdapat kelemahan dalam kaedah penyampaian maklumat yang pantas semasa kecemasan ketika ini.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

3s Dijangka melanda Sabah dan Sarawak Hujan Lebat Tanpa Henti, Met Malaysia Beri Amaran Ribut Petir Di Sarawak. Ribut petir dan hujan lebat berserta...

Mamak News

6s PUTRAJAYA – Kepimpinan serantau mengutuk keras siri tindakan pelampau Barat yang sengaja biadab membakar al-Quran di beberapa buah negara Eropah bulan lepas. Menurut...

Mamak News

3s BEIJING: China meminta Fi­li­pina supaya mengelak daripada ‘dipijak’ dan diambil ke­sempatan oleh Amerika Syarikat (AS) selepas negara Asia Tenggara itu bersetuju memberi akses...

Mamak News

3s PUTRAJAYA – Jabatan Insolvensi Malaysia sedang merangka beberapa cadangan pindaan terhadap Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) bagi menambah baik sistem pentadbiran kebankrapan termasuk...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications