Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Kerana Terlalu Obses Wanita Di OnlyFans, Lelaki Kantoi Bersembunyi Atas Loteng, Mengintai Taip Kali Nak Tidur


Seorang lelaki telah bersembunyi di loteng kediaman seorang wanita dan bertindak keluar pada waktu malam untuk merakamnya tidur. Lelaki tersebut turut memaklumkan bahawa dirinya telah membuat salinan kunci rumah wanita berkenaan.

Menurut laporan, lelaki tersebut menjadi terlalu obses dengan wanita berusia 24 tahun itu selepas bertemu dengannya di laman sosial OnlyFans.

Lelaki berusia 20 tahun dari Pennsylvania itu mendakwa dirinya telah mendapatkan kunci rumah wanita diminatinya di New Hampshire, AS dan kemudian membuat salinan. Dengan tindakannya itu, dia dapat masuk ke dalam kediaman wanita berkenaan pada bila-bila masa yang dia suka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia kemudian bersembunyi di loteng rumah wanita itu dan menunggu sehingga wanita itu tidur supaya dia boleh merayap ke dalam rumahnya dan merakamnya secara diam-diam.

Wanita itu mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila ibunya terdengar bunyi aneh yang seolah-olah datang dari loteng rumah mereka.

Suspek telah ditahan selepas polis melihatnya memanjat keluar dari loteng wanita itu dan bertindak naik ke atas bumbung pada 9 Februari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
20-year-old Mauricio Damian Guerrero of Bensalem, Pennsylvania.

Menurut dokumen mahkamah, dia telah memasuki rumah wanita itu sekurang-kurangnya empat kali.

Lelaki itu juga mengaku bahawa dia telah merancang untuk memasang alat pengesan di kereta wanita itu ketika dia mengintainya. Dia melakukannya kerana dirinya terlalu obses dengan wanita tersebut.

Polis menemui rentetan klip video pada telefon bimbit suspek yang menunjukkan wanita itu sedang tidur dalam keadaan bogel.

Timbalan peguam Daerah Strafford Emily Garod memberitahu  WMUR seperti yang dilaporkan dalam The Sun bahawa suspek telah dibebaskan dengan syarat yang cukup ketat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

‘Perkara itu telah mendatangkan kebimbangan berterusan kepada kami. Keselamatan mangsa menjadi keutamaan selagi kes ini belum selesai, jadi sebab itu kami meminta dia ditahan sementara menunggu perbicaraan.’

Semasa disoal siasat, suspek mendakwa pada mulanya dia hanya memecah masuk ke dalam rumah mangsa untuk mendapatkan TV dan pendiang api yang dihadiahkannya kepada wanita itu.

Dia juga mendakwa mangsa yang juga pengguna OnlyFans itu mahukan seseorang lelaki yang terlalu taksub dengannya dan mengikutinya’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suspek didakwa dengan empat pertuduhan jenayah pecah rumah tetapi mengelak daripada hukuman selanjutnya.

Dia dibebaskan dari penjara minggu lalu dan memakai gelang pengesan untuk memastikan dia tidak melanggar perintah larangannya.

Sumber: Metro.co.uk

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement